Nuffnang Ads

Friday 15 January 2016

Tamparan Hebat SAM Nurul Iman (SAMNI)

Assalamualaikum

Semalam..

Bila aku scroll down feed yang keluar di wechat, tiba-tiba aku terstop sekejap. Terbaca satu status ni yang menyatakan tentang Sekolah Agama Menengah Nurul Iman (SAMNI). That's my secondary school. Baca-baca lagi bila habis baca baru tengok gambar.

"Macam pernah nampak budak ni? Yes.. Itu junior saya dan kita sama-sama berlatih bola jaring dulu kita sama-sama lawan bola jaring dulu."

Alhamdulillah. only came out from my mouth.

Rasa bersyukur kerana buat kali kedua nya SAMNI sekali lagi memegang antara sekolah terbaik Sekolah Agama Menengah (SAM) dalam Sijil Menengah Agama (SMA).

Adik, Aina Syazzelina. I know,awak tak lupa kak tikah ni lagi. -_- Apa yang akak nak sampaikan, awak adalah seorang yang memang dari form 1 lagi dah nampak kepimpinan awak, batch awak memang antara yang terbaik Inshaallah, i hope bukan dekat sekolah saja tapi bila dah keluar dari sekolah.

Sebagai ex-student Samni, akak berbangga dengan pencapaian adik-adik bukan dari segi akademi saja.. Tapi jauh lagi penting akhlak adik-adik keperibadian serta sahsiah yang adik-adik tonjolkan. Kerana itu merupakan satu faktor kejayaan adik-adik pada hari ini.

Perkara palingggg penting selain doa ibu ayah. Doa guru-guru ustaz ustazah di sekolah. Doa ustazah-ustazah dan para ustaz lah yang membawa kepada kecemerlangan kamu sebagai seorang pelajar yang terbaik. Tanpa doa guru-guru tak mungkin segala yang adik2 termasuk akak juga akan dapat kita capai.




Sejujurnya. Dalam banyak-banyak tahun aku hadapi. Tahun 2013 menjadi tahun yang paling susaaah sekali nak lupa. Tahun tu juga tahun aku hadapi SMA. Apa tak nya, sebelum start kelas ustazah2 akan mulakan dengan tazkirah dengan nasihat dan ceramah. Masyaallah sangat! Walaupun aku ni memang tak boleh bawa subjek SMA (jujur sangat) alhamdulillah aku bersyukur masih diberi peluang mendapat jayid jiddan dalam keputusan SMA masa tu. (sampai nangis2 hafal sebab memang down apa yang baca tak masuk, hanya mampu tawakkal lepas baca) 2013 SMA

Ini semu berkat doa ustazah2.. 



Tahniah juga pada 31 orang pelajar yang mendapat mumtaz. Alhamdulillah.. Rock your SPM ! Tahun lepas dah berhempas pulas untuk SMA, tahun ni do your best untuk SPM. Inshaallah niat betul Allah mudahkan.

To Aina Syazzelina.  Semoga dengan pencapaian ni akan menjadi inspirasi kepada adik2 junior lain untuk turut sama ikut jejak langkah awak.

... Just want to share, masa pergi kenduri kahwin yang lepas. Ada seorang ni tanya dekat aku since dia tahu dulu aku sekolah Nurul Iman. Dia tanya.

Macam mana nak buat rayuan dekat SAMNI ye? Sebab memang susah sekarang nak masuk situ.

Aku pun jawab. "Saya tak tahulah, sebab dulu masa saya masuk form 1 memang senang. Tapi sekarang dah susah."

Konklusi nya. Inshaallah, Nurul Iman akan menjadi setaraf dengan sekolah2 yang hebat (sahsiah dan akademi). Dulunya SAMNI tidak dikenali dan hanya terkenal dengan pelajar-pelajar buangan, Kini terbukti Sekolah yang dikelilingi bukit bakau juga mampu menjadi setinggi sekolah agama yang lain,

LAHIRNYA PELAJAR YANG HEBAT KESAN DIDIKAN GURU YANG HEBAT

"Sungguh milik Allah lah apa yang ada dilangit dan yang dibumi..."

Doa kami untuk SAMNI (love from Shariah Student :) Uitm Puncak Alam)

3 comments:

Unknown said...

Syukur alhamdulillah..smg anak 2 Samni trs cemerlang dunia akhirat aamiin..

ummujaheed said...

hi sis atikah. boleh akak tahu, samni sekolah harian atau berasrama ya? tq sis

Anonymous said...

Sekolah agama harian