Nuffnang Ads

Friday 23 December 2016

Official Poster Persatuan -Persatuan Pelajar Diploma Muamalat UiTM Puncak Alam

Hai.

Nampak tak betapa lah panjang tajuk post aku kali ni. So, lately sangatlah busy. Bukan nak kata kebelakangan ni lah, tapi masuk sem ni memang dah start busy. Bukan diri aku je tapi mungkin juga orang orang yang kejap lagi aku akan tunjuk mereka yang berada dalam Persatuan Pelajar Diploma Muamalat -PPDM . Sebenarnya, this is one of challenge yang kitorang semua kena tempuh untuk 2 sem ni. So, insyaallah aku akan pegang jawatan as setiausaha dalam jangka masa 2 sem . kira sampai aku sem 5 nantilah kan. Last sem.

Jadi... it's actually satu cabaran yang besar juga lah sebab you nak handle dengan study, meeting yang tak kesudah, assignment. Kilat meeting. Tau apa tu kilat meeting ? Dia macam... eehh tetiba kau dimasukkan dalam satu group yang ganjil. kau tak tahu tu group apa sehingga someone akan explain tu sebenarnya group apa. Dan itu ialah Pengarah Program atau kita panggil PIC - person in charge yang akan pegang program tersebut, Then, baru kau tahu lah yang kau akan jadi biro untuk program tersebut.

Bila dah ada program, tak sah lah kalau takde meeting kan. Kira meeting ni macam syarat sah kau nak buat program. Dah tu, meeting pula kenalah buat banyak kali if program tu besar. (mata bawah kau pun makin membesar lah kan maknanya). Lagi, as mainboard atau majlis tertinggi ofcourse kita kena brainstorming, meeting tak kesudah before kita present pada exco dan penasihat. Ini kira persediaan biar nanti masa meeting dengan exco kau tak gagap gagap lah nak discuss apa masa meeting tu. This important ye sebab kita masa meeting kalau boleh tak nak amik masa lama, make it short and clear. INI YANG SELALU AKU NAK ARCHIEVE. Makanya, saya meminta jasa baik semua marilah kita bersama-sama semasa meeting off handphone masing masing and please focus. tapi kalau kau ka searach maklumat ke apa tak salah lahh can jee

Bukan nak kata poyo ke apalah. Tapi as one team cooperation tu sangat penting demi nak menaikkan satu organisasi.

So yeah! berbalik pada tadi. Memang susah sebenarnya kita nak manage masa kita antara akademik, persatuan, kawan, family. Susah .. aku jujur memang susah. Sometimes, when your dad ask you minggu ni balik tak. kakak adik mak tanya minggu ni balik tak. Nak jawab "tak" tu rasa serba salah nyah, Betul,, Disebabkan fikir ada kerja yang kena settle, sebab aku tahu dekat rumah aku akan melagha je banyak. So, i decided lebih baik duduk hostel siapkan kerja daripada aku balik duk melangok kerja berlambak.

but...

sometime aku fikir family juga. Dah lama tak balik, nak lah jenguk mak abah. So, aku akan balik but alhamdulillah kerja yang bertimbun kat hostel segala to-do-list yang tertangguh konon nak siapkan hari jumaat. Alhamdulillah aku boleh siapkan even tertangguh sikit lah kan. But Alhmdulillah, bersyukur pada Allah. Padanya kita kembali, apa pun lepas usaha kita serah padanya.



Alhamdulillah, poster ni aku buat. secara jujur dari sudut hati paling dalam aku tak puas hati sangat dengan poster ni. sebab buat last minute and ada sedikit masalah.. siap jugalah. Aku ni bukan jenis orang yang "janji ada dahla".. sebab tu kalau bab bab mcm ni aku benci betul buat last minute.

Macam assignment. Kalau korang buat last minute apa korang rasa? gelabah gajah kan? haa that's why la aku benci. nanti mula lah muka surat tak letak, tulisan tak justify ada besar kecil. rimas kan. serabut. Tapi.. walau serabut macam mana pun kita, jangan lupa semayang naa.. jangan lupa tadah tangan berdoa pada Allah mohon dipermudahkan urusan. Insyaallah Allah bantu. So.. Enjoy semua!

SALAM UITM SEMUA! SAYALAH MPP ANDA HAHA!

Wednesday 23 November 2016

Spend Your Time Wisely

Disebabkan aku punya status what's app "unwell" maka adalah beberapa sahabat yang prihatin bertanya. 

"Bab demam ke?"
"Sakit apa?"
"Atikah sihat ke?"

Bertubi juga lah. Makanya aku nak minta maaf sangat sebab ada yang tak sempat nak balas. Jujurnya aku baca tau cuma aku tak menyempat nak balas sebab sempat baca after habis kerja. Reason: Penat dan letih. Oh my.. I know Qurratu baca post I kali ni and she must be so mad punya lah. 

Aku sebenarnya sakit tau.. nak demam. Demam rindu. (getik) rindu berjauhan sebulan. Sokay lah. apa pun nak minta maaf you guys yang tak sempat balas. Jadi nya, bila off day aku akan keluar lah berjalan cuci mata tapi tak beli apa-apa pun kan. Just for fun, and enjoy your day. Hidup ni tak boleh nak stress nanti tua. Kadang tu, bukan kadang lah hari-hari stress kat tempat kerja tapi balik tu bila dah duduk dengan family kita luah apa kita rasa.. kita feel better. 

Makanya, dikala kita sibuk carilah masa sikit untuk badan rehat tenangkan minda. Dengan cara tu insyaallah sakit tu kita dapat elakkan. You know, kalau kita stress hari-hari lepastu kita tak usaha nak elakkan rasa stress tu, boleh datang penyakit tau. Otak sakit hati sakit jiwa kacau. Serious talk. 


 adik

eh? Why baju kotor ni .. Gambar tiada kaitan dengan tajuk. 

Thursday 22 September 2016

Pizza Homemade

Assalamualaikum & hye guys!

As i promised on my instagram account, i want to share how to make PIZZA! Yes guys pizza homemade is absolutely the best pizza ever because you can put anything, you can put any ingredients that you like. yes! lagi satu you buat cincai boncai pun asal dah masuk oven mesti sedap je nanti. Serious.. I PROMISE YOU, THIS IS SUPER EASY! CHEAP! AND DELICIOUS!



Ingredients:

1) Roti Gardenia (apa-apa jenis roti pun takpe)
2) Hotdog (ikut suka nak berapa banyak)
  * Potong memanjang
  * Potong bulat
3) Mayonis
4) Chilli sauce
5) Blackpaper sauce
6) Daun Bay (potong halus)
7) Parmesan Cheese / Chedar Cheese

Steps:

1) Pada piring oven, sapukan majerin atau planta agar tak melekat
2) Sapukan planta pada roti
3) Letakkan Hotdog (yang dipotong secara memanjang) pada lapisan pertama
4) Letakkan Chilli sauce, Mayonis dan Blackpaper
5) Letakkan Hotdog (yang dipotong secara memanjang) pada lapisan kedua
6) Ulang semula step 4 : Letakkan Mayonis, Chilli sauce dan Mayonis
7) On the top of Pizza, taburkan Parmesan Cheese atau cheese chedar (Tikah guna dua-dua sekali)
8) Taburkan daun bay (kalau tak nak pun tak mengapa)
9) Bakarkan pada suhu 120' - 125' selama 15 minit

[panaskan oven pada suhu 120' selama 15 minit sebelum masukkan pizza homemade kita, okay :)]

Wednesday 31 August 2016

Colour Run #MerdekaDPuncak

Assalamualaikum and hye.

So.. how was your Independence Day Celebration? Yes.. I believe most of you celebrating it only at home (Sobs). Never mind, wherever you stays, we are all unite! 

Merdeka is something yang semua orang teruja nak sambut. Kalau tengok dekat jalanan. Jalanan? okay never mind. Dekat atas jalan raya sama ada dekat highway ke jalan kampung ke memang ramai je yang akan pasang bendera dekat kereta diorang. It seems like they wanna says "I AM SO PROUD TO BE MALAYSIAN" Hahaha.. 

To be honest, this is my first time I heard about "Colour Run". This is serious I cakap sama You. I was chosen to be one of committee untuk Celebrating Merdeka in Puncak Alam. Bila meeting they always repeating this word "Colour Run" for the activity part. Yang aku ni macam blur apa je tak tahu apa. Kalau kata "Run Competition" aku boleh faham lah kot. Tiba-tiba ada word "colour" kat depan tu aku dah jadi pening pala. Macam math lah, sama je equation dia kalau nombor and symbol. Tapi... bila twist sikit equation tu kepada symbol kau dah pening pala. Celah mana nak dapat minyak angin tuk letak kat kepala? huhu.. FRESH CARE MUST ALWAYS HAVE IN EVERY STUDENTS' BAG hahaha..

Program ni gabungan Fakulti Sains Kesihatan (FSK) dan Academy Contemporary Islamic study (ACIS). Seronok lah kan buat gabung-gabung macam ni. Boleh kenal-kenal cehh bajet.

So.. I don't want to talk much, just want to share some of photos that have been taken during Colour Run today. Ou.. Before that. I want to declare that BLOG is usefull quite sometimes sebab kau boleh masukkan banyak-banyak gambar, kepada sesiapa yang tak suka upload gambar sekali banyak dekat FB or Insta tu. And yes.. this is good platform to share yours. 



Ni lah sayang sayang I kalau korang nak tahu. Diorang ni mana suka bersenam. Terkejut juga laaaahh bila dorang tetiba je daftar nak masuk Colour Run (Senyum sikit yang macam mulut senget tu *Perli)


AJK terlibat







 yang kat belakang tu memang tau.. Tengah posing cecantik sikit tetiba pi tabur colour powder atas kepala. Habis kami bermerahan. Ni semuaa sebab mereka!





 patut nya yang jaga check point bersih suci macam adik Haifa kita ni. Tapi.. tak pasal-pasal kan kita baling colour powder kat bebudak, tak sangka diorang pun genggam colour powder jugaaa pastu balas dendam. pastu lari. ish!

Thank You Pain, you are such a good partner. Happy to colaborate with you. This programme actually meet us and being a friend. Kalau tak sebelum ni terserempak je dekat Fakulti tak bertegur sebab lain course and fakulti berbeza. 

p/s: To all who was uploaded and maybe after this want to upload those picture that have been taken during Colour Run Celebrating, don't forget to put #MerdekaDPuncak #MerdekaDPuncak 

Thank you 

Saturday 25 June 2016

New Semester, New Target

Assalamualaikum and hye.

Aku tak tahu lah, semenjak berapa menjak ni mata aku kerap rasa pedih. Kau tahu je lah orang yang bercermin mata macam aku ni pulak tu silau melampau memang kalau tak pakai spec senang je dapat side effct.

1) Mata Pedih
2) Kau tak nampak orang lagi-lagi bila tengahari yang cahaya UV memang masyaallah sangat
3) Orang ingat kau sombong sebab tak tegur (sebab kau tak pakai spec dah tu tak nampak orang)

Ya, nombor 3 tu memang selalu pun orang cakap. Tak payah pergi jauh lah aku je pernah kena. Actually, for this post aku tak tahulah bermanfaat atau tak. Sebab post tengah pagi ni selalunya ditaip dari hati yang paling dalam dan paling tepi. (Tetiba)

Okay lah, back to the tittle "New Semester, New Target"

What is the reason I put that tittle for this post?

1) maybe sebab ai baru je masuk new semester
2) maybe sebab ai nak dapat Anugerah Naib Canselor (ANC) aamin

Yang ANC tu of course lah kau cakap dengan student mana pun dia nak. Kau cuba tanya mana-mana orang pun lah dia nak ANC ke tak, mesti dia kata nak. Tu pun kalau dia tahu ANC tu apa. -_- If i ask my nephew "you want to get ANC Danish?" Of course he will answer me like this. "ANC tu apa cik bab? I just want to play game and enjoy myself." Erm bebudak.

Masa kau budak dulu, apa target kau?

Kalau kau tanya aku, aku akan jawab.

1) Aku nak patung Barbie Doll yang cecomel tu
2) Aku nak Dress yang macam cinderella tu
3) Aku nak rambut yang sentiasa kelihatan cantik beserta diikiat tocang macam Rapunzel

Yes.. that's my target when i was kid.

It same when you are grow up, and become a beautiful woman and handsome man. Of course in your life you have target to achieve. So.. I just want to share my story to all readers (yang tetiba terminat lah nak baca blog aku ni kan).

This semester, I have a lot of commitment with clubs, academic and also cocuriculum. I registered in Kesatria for CO, it's quite hard and tired actually. I think, most of the student memang kecam kesatria ni sebab katanya seram. HAHA. Itu apa yang aku rasa masa semester 1. Paling benci dan anti sekali lah. Tup Tup sampai semester 3 kau hamek CO ni baru kau rasa. Tapi okay lah. Banyak benda baru kau belajar- Focusing on Taichi

On Monday, my class will start at 8.30-12.30 (4 Hours) uolss. Can u imagine. Yes.. You are brilliant that's why you can imagine how can I and all my friends sitting for the class for 4 hours without gape.

Mesti tertanya-tanya kan, kau tak tertidur ke dalam kelas?

Hei.. Minggu lepas ai tidur TAPI masa lecturer kata "Okay kita rehat kejap". Ha masa tu eh aku rehat bukan masa lecturer ajar kat depan, Walaupun ada lah aku tersengguk sengguk. Nasib pakai cermin mata tau boleh aku cover. Erm.Tough nya.

Tapi.Bila aku fikit baik-baik kan, sebenarnya Allah kan tak kan beban kan hamba mereka dengan sesuatu perkara yang tak sanggup mereka tanggung. Which mean. Allah berikan sesuatu amanah itu sesuai dengan kesanggupan kita. Positive lah kawan-kawan.

Cuba kau tengok orang-orang islam yang berjaya. Sebab apa? Sebab dorang percaya dengan janji Allah. So.. Dengan adanya semester baru, or new chapter in your life. Insyaallah you can achieve your Target with Allah's help.

Thursday 26 May 2016

Pengantin Baru

Assalamualaikum guys!

Lama sangat tak update blog, apa masalahnya? confirm lah internet slow (tak nak dengar dah). Apa yang penting sekarang, aku nak ucapkan selamat pengantin baru kepada kakak-kakak saya yang sudah menjalinkan hubungan silaturrahim sesama suami. Eh jap. Apa kau ni? Haha blur sat. Okay macam ni ucapan dia. Selamat pengantin baru kepada kedua mempelai yang sudah diijab kabulkan, serta sudah menjadi pasangan suami isteri yang sah. Alhamdulillah. Bertambah lah ahli keluarga kita erm..

Tapi, apa yang aku nak tekankan dalam entry kali ni bukan untuk ucapan pengantin baru dekat kedua-dua kakak aku semata-mata, like always sebagai sebuah penulisan yang terbaik perlulah ada sedikit perkongsian untuk dikongsi supaya penulisan kita tidak kosong. At the same time, korang punya rohani ni terisi. Ada gaya-gaya pakar motivasi tak? jet jet

Untuk sesebuah majlis tak kira majlis kahwin, majlis menyambut hari lahir, majlis cukur jambul atau sebagainya kita perlulah lakukannya dengan sederhana. Yang paling penting yang kita mahukan ialah keberkatan dan reda Allah s.w.t. Sebab apa aku cakap macam ni? sebab dengan keberkatan itu membawa sejuta kebahagiaan kepada anda. For this entry, i'm focusing on "Kenduri Kahwin". Yes, kenduri tu memang sudah menjadi adat untuk kita meraikan pengantin meraikan pasangan, tapi majlis macam mana yang kita mahukan? adakah majlis yang sampai berhutang? majlis yang sanggup kita buat mewah-mewah dan bermegah-megah supaya tetamu yang datang memberi pujian tetapi pada hakikatnya diri sendiri yang sengsara sebab berhutang? Ada juga segelintir yang sanggup menyusahkan ibu dan ayah semata-mata untuk buat majlis yang gilang-gemilang itu.

Kawan-kawan dan sahabat yang sangat saya sayang.

Kalau lah kamu nak buat majlis yang meletop babom it's up to you tapi kena ingat.
 1) jangan menyusahkan ibu dan ayah
2) Buatlah secara sederhana tetapi meriah

Apa yang dimaksudkan dengan point yang first tu?

Contoh: kamu nak buat makan beradab tapi... nak ada kek 4 tingkat. Bajet kamu tak cukup untuk kek 4 tingkat tu. Harga kek 650 tapi dalam tangan you cuma ada 250. balance rm400 siapa nak bayar sayang? .. bila kamu buntu jalan penyelesaiannya ialah.. kamu minta pada ibu dan ayah, Kamon gais! Siapa yang nak kahwin ni, kamu ke ayah? Jadi,, berpada-pada, Ikut bajet. Kalau rasa nak buat kek 4 tingkat dipersilakan tapi ada syarat. Bajet kena cukup dan jangan menyusahkan orang lain. (Islam kan ajar kira supaya bersederhana)

Second, what I mean by "Buatlah secara sederhana tetapi meriah".

Contoh, macam kenduri kakak aku haritu (tak de kaitan nak membangga tau).. mak jemput 1000 orang datang, walaupun aku percaya tak semua yang datang tapi alhamdulillah majlis berjalan lancar tetamu tak henti-henti, Kesian mak abah kena layan tetamu. Sederhana di sini bermaksud tidak bermegah dan melampau-lampau sampaikan majlis yang kita buat dah jauh menyimpang dari apa yang islam ajar. Memang zaman berubah, sesuatu yang kita buat juga dibolehkan mengikut zaman. Tetapi mesti kena dengan Islam lah.

Meriah yang macam mana tu? Meriah yang pasang lagu kuat-kuat tu ke? .. Okay, you nak pasang lagu pasang tapi kena dengan jiwa islam. Islamik islamik gitu, hati pun tenang jiwa pun tara kacau maa.. Insyaallah keberkatan pun ada,

Nak story sikit lah, aku ni memang yang jaga speaker laptop semua sebab kitorang tak tempah DJ untuk handle bahagian entertainment, So, pagi tu aku pasang lagu-lagu yang berunsurkan doa macam Doa Dhuha, Doa taubat etc. At least, makcik-makcik dan pakcik-pakcik yang duk potpet tu dapat sama-sama ikut baca, walaupun dalam hati sokey meh Allah dengar.

Pernah lah satu masa tu, masa sem 1 ustaz soal setiap pelajar nak kahwin umur berapa. Seperti yang dijangka akan ramai yang jawan 20-23 (kahwin muda katekan) .. sampai turn aku, aku jawab 25. Benda tu terkeluar secara automatik tanpa sedar.

Ada lagi soalan, dia kata. Kamu pernah tak berdoa untuk dijodohkan dengan laki yang kamu suka tu? ada yang jawab.. "Ada, ustaz. Tapi tu masa jahiliah dulu." Then.. ustaz kata "Macam lah sekarang tak jahil".. Haha. Ini agak kelakar bagi aku. Sampai turn aku, apa aku jawab. "........." Begitulah cerita nya.

Ada macam-macam lah, pasal duit hantaran lah, pelamin lah, tabur tabur apa tu... macam-macam lah, Nak cerita pun macam panjang sangat. Mesti korang bosan. Tapi itulah, cuma nak tekankan biarlah bersederhana tapi meriah, Nak buat hisana cantik-cantik berbatu permata pun haruslah kena dengan bajet ye.

Cuma nak cakap contoh diatas tiada kaitan dengan sesiapa. Kalau ada yang terkilan saya mohon jari memohon ampun dan maaf. Semoga kita semua mendapat pasangan yang baik, soleh dan solehah, K tiba. To all yang sudah berkahwin atau bakal berkahwin saya mengucapkan selamat berbahagia hingga ke syurga Ilahi. Muah from here.. <3




Abah.. Haha im sorry for this picture. 


See.. pakai baju kurung bertandang ke rumah laki. Ni lah ai maksudkan sederhana. Emm.. Baguih-baguih jimat nanti raya boleh recycle balik. ( Abang erol kenapa tu? )


Haa.. ingat pesan mak tu abang erol. (sorry linda muka kau agak candid di situ) . Jangalah zoom muka dia, malu lah!


p/s : Sebarang typo harap semua faham eh

Sunday 10 April 2016

listen to your mother

assalamualaikum.  

"mak nak pergi kedai nak beli barang"- anak
"nak beli barang apa? dah malam ni tunggu esok je"-ibu
(ketika itu jam menunjukkan pukul 10 malam)
" alah..kalau pergi kedai esok tak sempat"-anak

terus si anak start motor dan meluncur laju ke kedai tanpa kebenaran si ibu.

semasa pulang dari kedai, seorang pakcik yang juga ketika itu sedang lalu dijalan yang sama tersedar akan seseorang. dia hairan lalu berhenti di tepi jalan.

"ya Allah! bangun dik bangun dik, sini pakcik papah".

rupanya, anak yang tidak mendengar kata ibunya tadi telah jatuh motor. disebabkan rumahnya berbukit maka si anak hampir tergolek ke satu gaung. habis pecah cermin sisi dan lampu belakang.

kawan-kawan. cerita yang aku kisahkan di atas ni adalah benar. kisah ni aku harap sagat dapat beri pangajaran serta dijadikan iktibar to all readers. aku bukan apa lah, korang cuba ingat balik siapa yang lahirkan kau? yang bawa kau ke hulur hilir dalam perut tu. bukan sekejap tau. kau ingat kau tu ringan ke. Ya Allah... sampai senak-senak tu nak bawak. (ceh! cakap macam berpengalam ye dak).

tapi yelah.nkita sebagai anak sepatutnya respect ibu kita. ayah pun sekali. ibu ni, kalau korang nak tahu mulut dorang masin. apa yang ibu kita cakap selalunya makbul, tanpa hijab.

sebab tu bila emak korang kata, JANGAN buat, JANGAN !! kalau emak korang kata BUAT! BUAT!

siapa lah kita nak lawan kata-kata seorang ibu yang banyak berjasa kepada kita. siapa kita? kita ni hanya insan yang kerdil, hanya insan yang asik "maaakk!! maakk!! sakit kepala lah. macam nak demam je". sedarlah. kita ni hanya insan yang asik asik mengadu. sakit sikit mengadu. dekat siapa ko mengadu? ibu korang juga, kan?

so.. i call everyone to respect and listen to your mother as long as their command not against shar'ie. please. doa mereka makbul. sebelum ko nak balik kolej tu. cium ah pipi kiri kanan. baru mangat nak dapat 4 flat.

Monday 4 April 2016

Bidadari Syurga

Assalamualaikum.

Sudah 3 hari Arwah abang Ijal, abang aku yang sulung juga anak sulung daripada 10 adik beradik telah kembali ke rahmatullah. Ya Allah, sungguh berita yang disampaikan amatlah mengejutkan.

Arwah meninggal pada waktu petang around 5.30 macam tu. Hari sabtu, pada hari tu aku ada paper komputer. Aku habis paper pukul 4.15. Aku tak tahu kenapa masa hari tu aku rasa naaakkk sangat balik. Tak sabar nak balik. tak sabar sangat. Niat aku untuk balik sebab kakak kawan aku kahwin, so bila aku balik aku nak rewang rumah dia. Since kitorang dah lama tak jumpa, jadi masa tu jelah pun aku dengan dia nak jumpa. Dan lagi sorang kawan aku, dia ni belajar kat johor sanggup balik sebab nak berjumpa. Jadinya beberapa minggu before wedding tu memang kitorang dah plan lah nak jumpa.

So, lepas aku habis paper. Aku terus rushing balik kolej untuk solat asar dan kemas barang apa yang patut untuk bawa balik rumah. Petang tu kakak aku baru balik dari beli hadiah untuk wedding kakak kawan aku tu, Kitorang jiran pun.

Sebelum kakak aku datang ambil aku, dia sempat jumpa abang ijal (abang aku yang meninggal). Abang aku kerja mekanik. After kakak aku ambil aku, kitorang terus balik rumah. Sampai rumah dalam pukul 5.30 juga. Dah balik tu aku tolong kakak-kakak aku balut hadiah. Masa tu, around 6 macam tu. Mak aku asik cakap "Kemas-kemas rumah nya, nanti ada orang datang nak tumpang solat"
Berulang-ulang. Sebab, jiran kawan aku ni, pakcik dia tu ada ikatan saudara dengan mak aku. Kira ada lah bau-bau bacang.

Lepastu, adik aku lah kemas-kemas ruang tamu semua sebab aku busy tolong balut hadiah kan. Tiba-tiba tengah balut-balut hadih tu, adik aku terus cakap..

"Weh.. IJAN meninggal"..

Lepastu kitorang pun diam jelah sebab IJAN tu kawan abang aku yang meninggal tu. Kitorang ada group THE SIBLINGS. Group ni memang untuk kitorang 10 adik beradik, kau nak kecoh nak memekak ke apa memang kat group tu jelah. Memang bising yang amat ah lagi lagi waktu malam, Group tu kalau tak kecoh aku rasa memang tak sah.

Dalam dalam group "The Siblings" tu, abang arol (abang aku yang second) . Dia lah yang cakap Ijan tak ada. Lepas 1 minit macam tu, telefon kakak aku berbunyi, means ada call masuk. Bila kakak aku angkat, kakak aku kata "HA ??" .. Kitorang semua pandang kakak aku. lepastu kakak aku kata "OKAY OKAY AKU DATANG"

Pastu kitorang tanya lah kenapa. kakak dayu (kakak yang angkat call tu) dia kata abang ijal accident, 50:50 Memang waktu tu darah aku turun naik tak bernafas. Abah yang dalam bilik terus keluar bilik, Memang dengan aku aku yang tak mandi terus pergi tempat kejadian.

Masa dalam perjalanan tu, kakak aku kata nak isi minyak dulu sebab minyak tinggal sikit. Masa perjalanan nak ke tempat kejadian, dalam lagi what'sapp abang arol kata "orang nye dah takde".. Kitorang terkejut gila lah kan. Dalam fikiran aku, orang nye takde tu sebab abang aku accident tu dihantar ke hospital ke. Beberapa saat lepastu, abang aku yang second call. Mak aku yang angkat phone. Dia kata:

"Mak, ijal dah meninggal"

Waktu tu,,, Ya Allah.. Hanya Allah sahaja yang tahu betapa perit untuk menerima takdir seperti ini. Tambah-tambah mak aku. Masa abang aku cakap macam tu, mak aku pandang aku sambil pukul-pukul dada

"Ya Allah... Ijal dah takde. Ijaaaallll macam mana bawa kereta sampai accident".

Memang meleleh air mata lah, lagi-lagi sebagai ibu yang melahirkan anaknya. Terus call abah kat rumah cakap abang ijal dah takde, Mak aku meeenangisss, semua adik beradik menangis. Siapa tak sedih kan, abang sendiri dah pergi.

Masa dekat traffic light tu, mak aku cakap dekat kakak aku yang drive, mak aku kata patah balik rumah, mak dah tak sanggup nak tengok abang ijal. So, kitorang pun balik rumah dan kemas apa yang patut.

Ya Allah.. Rupanya ada hikmah mak suruh kemas-kemas rumah. Rupanya, tetamu yang mulia mahu pulang. Abang Ijal rupanya nak balik ke rumah. Abang Ijal lah tetamu teristimewa tu. Ya Allah,,,,

Masa maghrib tu, abah aku dah solat semua terus dia rushing ke Hospital Sungai Buloh dengan dayu untuk tengok abang ijal. Masa tu, abang ijal di bawa ke unit forensik. Abah dan dayu yang bawa dia ke dalam, Terus abah cium abang ijal, dah tak kisah abang ijal tu berdarah macam mana, abah cium.. cium.. Kakak aku buat apa yang perlu pada arwah abang.

Malam tu after isyak, aku dan sikin terus pergi ke Hospital. Masa tu arwah abang kena posmoterm. Lama..3 jam.. Lepastu aku dapat berita.. Subhanallah, sungguh mulia hati mu abang..

Arwah abang masa dekat universiti ke sekolah (i forgot) .. abang ijal pernah sign untuk Derma Organ. Masa tu tunggu lama rupanya abang ijal sedang dibedah. Paling aku tak tahan bila aku dapat tahu dia derma selurug organ dia. Subhanallah Allahuakbar abang ijaaalll.. (MOGA ENGKAU TERGOLONG DALAM KALANGAN ORANG BERIMAN DAN BERAMAL SOLEH)

So, masa last jenazah dimandikan tu, aku dan kakak-kakak aku masuk untuk siram arwah, Abah aku suruh juga masuk, Subhanallah. Terpancar cahaya pada kaki abang ijal. Subhanallah Allahuakbar. (masa tu dari kepala sehingga ke lutut ditutup) hanya nampak betis hingga kaki. Bercahaya.... bercahaya awaaakkk subhanallah.

Lepatu kami semua keluar, kecuali abah dan kawan-kawan abang yang tolong uruskan jenazah. Beberapa minit lepastu, abah keluar untuk panggil aku, sikin dan dayu masuk untuk tengok arwah abang dikafankan. Dayu tak masuk, dia duduk luar, Cuma aku dan sikin yang masuk,

Aku masuk dan terus berdiri betul-betul sebelah kepala arwah abangg ijal. Aku tenung dalam mata abang aku. Mata arwah abang ijal tak didermakan sebab dah rosak. Subhanallah, rupa yang sangat tenang. Tenang setenang tenangnyaa... Seperti rupa masa abang ijal tidur. Aku dan kakak aku cuma tengok abah,ustaz dan kawan-kawan arwah abang kafankan. Aku dan sikin hanya berdiri melihat.

Sebelum arwah abang ijal dimandikan, aku dan kakak-kakak aku disuruh masuk. Abah yang suruh. Aku masuk ke bilik jenazah untuk tengok arwah abang. Aku terus berdiri di sebelah kepala abanh ijal, Rapat- aku tenung muka arwah, tenung dalam. Allahu.. Sungguh Allah sangat menyayangi abang. Dahi arwah berpeluh, mata arwah keluar air mata. Allahu... Allah...

Lepas habis kafan tu, abah tanya kat aku. Nak cium abang tak? Aku diam.. Pastu aku cakap, nantilah dekat rumah.

Semasa perjalanan pulang ke rumah, Allahu,, Allahuakbar, Sungguh Allah tu sangaaatt menyayangi abang. Apa yang berlaku, setiap van jenazah lalu saja di traffic light yang berwarna merah, terus lampu isyarat bertukar jadi hijau. Memang Allah mudahkan sangat perjalanan kami.

Tiba di rumah, semua dah tungguh. Masa tu dalam pukul 1 pagi lebih, Abah memang minta supaya pebebumian jenazah dibuat pada pagi tu juga, abah tak nak tunggu lama sampai esok pagi. Apabila jenazah dibaringkan, satu persatu adik beradik cium arwah. Giliran aku cium, aku cium dahi abang. Lama-- lepastu aku cium pipi abang, Lama-- Dalam hati aku berselawat dan berdoa. Terasa sejuk muka abang, sejuk sesejuk sejuknya, tenang setenang tenangnya. Sangat tenang ya Allah.. Tenang sangat. Bau haruman pada muka abang sungguh wangi.

Aku, mak kakak-kakak makcik-makcik sedara mara turut bersama solat jenazah.

Kami terus ke tempat pengebumian. Allahuakbar ya Allah.. Sungguh, sungguh ya Allah engkau amat menyayangi arwah abang. Ramaaaiii seramai nya orang dah tunggu di kubur menanti tetamu teristimewa. Abang dikebumikan around 2 pagi macam tu. Ramai yang bersama-sama tolong uruskan jenazah, Sungguh Allah permudahkan urusan abang dari awal sehingga akhir.

Abang Ijal.. Selama 34 tahun abang ijal hidup dimuka bumi ini. Allah pinjamkan sekejap untuk engkau berbakti, menolong ahli keluarga masa susah dan senang. Terlampau banyak jasa abang ijal pada kami semua terutama mak abah. Kalau ada problem apa-apa semua "Abang ijaaal..." kalau dekat universiti pun kalau tak cukup duit mesti whats'app "abang ijal". apa-apa mesti abang ijal. Tapi, Sikit pun dia tak pernah mengeluh, TAK PERNAH. LANGSUNG.

Rupanya, ada hikmah abang ijal masih tidak berkahwin. Rupanya, BIDADARI SYURGA SEDANG MENUNGGU ABANG IJAL DI SYURGA SANA. (AL-FATIHAH)

abang ijal yang berdiri sebelah aku, yang hujung sekali tu.


Friday 1 April 2016

Beberapa jam before exam Csc134

Assalamualaikum

Aku terasa dah lama sangat tak update blog ni. aku sangat merindui blog ku ini . adakah korang merindui aku juga? *ngaku jelah rindu* Oh kalau rindu boleh lah comment di kotak comment dibawah dan kalau rasa malu just buat anonymous je keh!

Well hello! Pengumuman semua semester kali ni adalah yang paling menyedihkan sebab aku terpaksa tinggal keseorangan di dalam bilik.
Adakah kerana roomate aku sangat membenci aku atau aku sangat membenci roomate aku sehingga beliau terpaksa dihalau tidur di pinggiran jalan?
oh no no !!

aku sememangnya tiada roomate sejak awal semester aku masuk. Sedih kan cerita aku. Dan tak sangka, nak masuk 3 bulan lebih juga aku tinggal seorang diri dalam bilik.

Awal-awal sem dulu, memang.. tidur buka lampu, pintu bilik aku buka. langsir aku buka sebab takut punya pasal. yela kat rumah pun aku tidur berteman lepas tu dah mai sini tidur sorang, kau rasa apa? Takut lah kan.. setiap malam ada je jin-jin yang menerpa dalam otak aku suh pikir macam-macam. Aku istighfar je . Tolonglah jauhkan dari benda-benda tak elok.

Bila suatu hari, kakak aku bersama kawan-kawannya tinggal bersama aku selama 3 hari. So. suatu saat tu dia kata.

"Bab, tidur memang buka pintu ke?"
"haah"
"Bahaya lah bab, kang ada curi ke apa. Lepasni tutup pintu."

Start dari situ, aku dah ada sedikit keberanian untuk tidur tutup pintu, tutup lampu, tapi langsir buka lah. Ada je kawan cakap, "bukan buka langsir lagi takut ke?" bagi aku.. buka langsir lagi tak seram sebab kalau ada apa-apa aku boleh terus buka tingkap jerit sekuat hati dari kau tutup langsir tiba-tiba sesuatu berlaku kau kena buka langsir lagi lepastu kena buka tingkap lagi. Haaaa kan dah dua kerja.

Masuk bulan ke dua tu aku dah start belajar berdikari, bangun awal pagi sendiri tanpa bantuan kawan-kawan. You think its easy? Susah tau. Hanya mengharapkan alarm, memang every hour aku pasang. pukul 3.00 , 4.00 , 5.00 , 6.00 .. bukan nak riak ke apa, tapi iyalah, Cuba mu pikiaq sikit. kalau aku set jam pukul 6 pagi tu semata, kalau aku tak bangun dan tak sedar bunyi jam tu mahu telajak subuh. Jangan ye anak-anak. Bangun subuh tau! Allah sayang.

So.. Langkah selamat aku pasang alarm dari pukul 3. At least kalau pukul 3 tu aku tak bangun pukul 4 tu terjaga juga walaupun aku dismiss terus! hahahaha tapi kalau alarm kali ke tiga tu tak bangun esok pagi aku selalu menyesal. menyesal sampai ke sudah tidak berguna kawan-kawan.

Tapi alhamdulillah. Semakin hari aku hidup sendirian, semakin aku terdidik untuk menjadi student yang berwawasan (puih) aamin lah weh.. Bila pasang alarm tu alhamdulillah bangun. cuba kita bayang, kalau kita bangun seawal 4 pagi dan kita tak tidur hingga ke subuh, banyak benda kita boleh buat. Aku rasa aku tak payah mention dekat sini sebab semua pembaca blog aku pintar lagi bijaksana.

Sebab itulah, kita ni perlukan satu proses yang dinamakan tarbiah untuk mendidik diri dan jiwa.

Ada orang tu.. dia bersyukur yang amat bila aku kata aku tak homesick dah! aku pun keliru patutnya aku yang bersyukur. Iyelah.. nanti dilabel "mengada" pula bila kata aku still homesick. Katanya umur makin meningkat, kena lah belajar berdikari.

Asal aku rasa entri kali ni macam panjang eh? Sebenarnya aku nak ajak korang berborak. Blog ni lah medium aku untuk berinteraksi. blog ni jugalah kawan aku sepanjang sem 2 ni.. huhu!

Esok aku ada final exam, paper ke tiga aku kena ambil, rasa beku otak nak belajar petang-petang macam ni kan. So korang-korang yang ambil exam esok goodluck okay. Belajar rajin-rajin, okay.

yang cakap "Tika" power tu. .. "awak" lagi power!!

Bai.

Thursday 24 March 2016

Tempat best kita boleh pergi di Indonesia

Assalamualaikum,hai.

Mata dah ngantuk, esok class pagi tapi still nak menaip nak juga update blog nak juga nak juga. Sebenarnya, tadi petang ada majlis restu ilmu. Mesti korang macam "what? dah masuk universiti pun still ada restu ilmu ingat sekolah lagi.." Hey guys. Bila masuk U ni lah kau rasa macam ta'ajub sangat sebab tak sangka lah kau dan menjejaki ke alam lain pun majlis restu ilmu still dibuat. Dan saya bersyukur majlis begini still countinuosly untill now! Yeaay!! good job SMF

So.. Last month I went to Indonesia and 3 days before we left Indon (if im not mistaken, lupa dah hehek) kitorang pergilah jalan-jalan cuci mata. So, nak tunjuk sikit lah tempat-tempat yang kami pergi. And, here i'll share some tips how to shopping in Pasar Baru and certain places at there.

Sebelum tu, aku cadangkan kalau korang nak tukar duit jangan tukar duit dekat airport. Mereka jual mahal, better cari tempat lain eh.


[Monumen Nasional (MONAS)]


Ini lah Monumen Nasional atau kita panggil dia sebagai MONAS, Dekat sini, Masyaallah sangat makanan dia mahal bak hang.. Mungkin, one of the factor MONAS ni adalah tempat tumpuan pelancong jadi harga dia agak mahal. Macam bakso dekat tempat ni harga dia 20,000Rp dalam RM6. Air 5,000Rp dalam RM1.50


[Floating Market]


Inilah dia Floating Market. Kalau nak tahu, makanan yang dijual dekat sampan-sampat yang terapung tu dia tak guna duit tau. Tapi guna token. Nanti akan ada satu tempat tu korang kena tukar duit jadi token. Comel kan?

Ha.. ni diaaa token tu. Korang tukar lah berapa banyak korang nak. Aku tukar 25,000Rp je sebab nak beli makanan bawah ni punya pasal. Nampak macam sedap kan. Pandai jimat-jimat lah. 

 Ini nama dia Mee jawa .. Mee.. apa entah tak ingat, nama dia pelik memang susah nak ingat sampai aku pun tanya tau penjual tu ni apa benda. Eleh.. sama je macam mak mak kita semua masak mee sup kat rumah tu cuma yang ni mee dia besar-besar dan lebih urmm kenyang lah bila makan. Harga 25,000Rp dalam RM7.50 lah kot.

 Tak tahan dah nak ulang alik sepanjang sampan-sampan tu (bahasa melayu teruk naa). Iyelah, just you imagine perut dan lapaq dah berbunyi lepastu kena berjalan sepanjang sampan-sampan tu dah lah banyak sangat pilihan makanan yang kau rasa semua nak. Ada makanan yang comel, yang pelik yang dah biasa tengok yang bila jalan depan sampan tu bau makanan dia sampai menusuk ke dalam hidung. Tapi last2 makan mee je uwaa!!







Ini bukan rumah atau tempat tinggal ye kawan-kawan. Ini TANDAS!







Anak sapa niiii cantiknyaaaa!!


Anak sapa niiiiii !!! Gumbira nyaaaa !!

[Islamic Book Fair]


Kalaulah masa korang ke sana ada book fair macam ni, jangan tak pergi tau! must go! sebab dekat sana korang akan dapat and cari banyaakkk buku-buku yang harga nya sangat lah murah berbanding di Malaysia. Of course lah kan, because the currency is different. Tapi macam karya-karya islamic yang memang pure dari Indon buku Wahbah Zuhaili (for those yang ambil muamalat or islamic management) memang senang nak dapat. Berbanding pergi Pesta Buku Antarabangsa Ya Allah! aku tahu ada je jual, tapi susahnya mahu mencari.

[Masjid Istiqlal]



  
ini view dari luar Masjid Istiqlal. Aku tak tahu tu apa tapi macam menarik. kan?


Guys, datanglah solat di sini. Sangat besar dan ! Masyaallah tak tahu nak describe macam mana tapi memang best. Tempat wuduk dia sangat special. Masa aku nak ambil wuduk tu, aku sampai sesat mana tempat wuduk tak jumpa-jumpa. Dah lah besar, jalan sendiri pula tu sebab geng yang lain masa tu tengah settle dengan pakcik yang jaga kasut.

Ha .. lagi satu, masa korang nak masuk masjid ni, korang tak boleh letak kasut kat luar. Ada pakcik yang jaga kat dalam tu. Tapi.. kena bagi upah untuk jaga. Bagi duit Malaysia pun dia terima. RM1 je pun dia okay :)

[Pasar Baru]

Guys !!!!!! Pasar Baru ni memang jadi tempat tumpuan pelancong. Memang orang kata tempat wajib datang kalau pergi Indon. Sebab utama dia.. barang dia murah-murah. Kena pandai cari tempat juga sebenarnya, ada yang murah ada yang mahal. Yang PENTING kena pandai tawar menawar. MUST! untuk dapatkan harga yang murah kenalah pandai tawar menawar. Dekat sini memang akan rambang mata sebab terlalu banyak sangat yang dijual.

So.. Bila kau dah sampai kat suatu kedai kau rasa nak beli, kau kena beli terus sebab. yelah! tempat ni besar pastu nak usha barang kat kedai lain lagi nanti tak cukup masa nak patah balik kat kedai yang kau suka tu. Tak pasal-pasal sesat jalan, dah lah kat sini memang crowded lagi-lagi dekat kawasan luar. Tak payah kata lah! terhimpit-himpit. Tambahan lagi ramai pula penjaja dekat sini yang datangsecara tiba-tiba and kata "ini embak, beli air nya pasti haus". ada juga yang jual key-chain lah apa lah. Kadang tu sampai ada yang paksa kita suruh beli, Tapi jangan kau lari, cakaplah "Tak pe, saya tak nak" (aku kat sana cakap je melayu dengan orang-orangnya, kadang je cakap Indon kalau terlebih rajin)





Haaa...  Ini lah syurga wanita. Kau nak kata apa bila nampak beg longgok-longgook macam ni. Harga satu beg 50,000Rp bersamaan RM15 ringgit Malaysia. Kalau tengah Obral (Sale). Tapi dekat sini memang senang je dapat beg yang cantik-cantik 50,000Rp.




Muka kakak kakak yang kepenatan!



Kat dalam ni ada jual kain batik. Kena pandai tawar juga. Aku belikan kain pelikat untuk abah harga 95,000Rp bersamaan RM27 macam tulah. Tapi.. ni pun harga tawar tau kalau taakkk memang mahal

Lepastu kain batik dekat sini memang cantik-cantik sangat. Kalau nak yang memang aum.. buat baju raya memang best harga dia adalah dalam 60,000Rp bersamaan RM18. Ada je yang nak murah 30,000Rp bersamaan rm9 (murah kan)


(Sorry tak ingat nama tempat)

Tapi.. Ini ialah tempat yang menempatkan anak-anak yatim. Rasa terharu dapat jejak kaki ke sini dengar mereka membaca ayat-ayat suci al-quran tanpa tengok al-Quran. Masyaallah sangat. Mereka dididik dengan cara yang sangaaattt halus sehingga menjadikan mereka anak yang sangat baik, ada tu kecik-kecik dah buat solat sunat rawatib. Sangat terkejut bila tengok. (Future husband, nanti kita didik anak sampai jadi macam tu ye..)









 Tengok lah habang-habang ni. Mangat sungguh! Inilah cara nak menggembirakan hati kanak-kanak. (dapat pahala tau buat orang gembira) Let's ...



Okay.. Tu je lah kot, Moga post kali ni dapat lah bagi manfaat kepada sesiapa yang ke Indonesia eh! Ouh lagi satu, kalau korang susah sangat cari tempat penginapan duduk je di Kedutaan Malaysia eh. :)