Nuffnang Ads

Saturday, 4 July 2015

UITM DIHATIKU

Assalamualaikum dan selamat tengah malam semua.
Mashaallah seharian program ACIS hari ni dari pukul 8.00 am sampai lah pukul 8.00 pm. Mashaallah sangat penat dia tak terkata. Tapi la ni tak rehat-rehat.

For those yang tanya apakah itu ACIS ? Actually ACIS is stand for Academy Contemporary Islamic studies yang mana baru hold dekat uitm 3 tahun. Im the third batch who taken this course. Many of degrees student ask us, are you from which course? and we told them, we're from Muamalat course. Of course a half of them will ask us again, Muamalat? Ada eh course tu ? "Dalam hati dah agak dak memang ramai yang akan tanya persoalan macam tu. Why? yelaah course baru mana popular."

Dan kami sangat sangat bersyukur pada Allah swt kerana memilih kami- tak kesah lah course muamalat mahupun oengurusan halal. Kami bersyukur kerana hanya  2 course ini saja yang fully islamic. Alhamdulillah. Kalau nak tahu, ACIS ni ada dua course saja iaitu MUAMALAT dan PENGURUSAN HALAL.

So, untuk aku yang baru part 1 ni still merangkak lah nak explore more abaout our course. I want to tell you lah yang terbaca blog aku yang tak seberapa ni kan. Dulu, masa lepas lepas spm lah kan i mean, ramai yang akan mengajukan persoalan yang berbunyi. Lepas ni nak sambung mana? Univ. mana dan course apa? bla bla bla. Dan dengan lantangnya aku akan menjawab (lantanglah sangat) Yang pasti taknak masuk uitm dan yang pastinya haruslah aliran agama.

hello, masa isi UPU first choice aku ambik Ilmu wahyu kot yang mana Univ. nya adalah UIA. Aku ni memang angan-anaga tinggi konon nak masuk UIA lah USIM lah. And yes, the second choice pula aku pilih perakaunan dan muamalat di USIM. Unfortunately, semua yang aku nak tak dapat . Apa yang aku dapat. UITM yang paling aku tak nak sekali dan course nya yang paling aku tak tahu itu apa benda. Oh tidaaaak masa tu nak nangis pun tak guna. MUAMALAT ni pilihan ke-7 kot masa aku isi UPU, hantam taram je kot masa ni, kira yang last2 ni memang aku isi lantak lantak je.

Tapi rupa-rupanya disebalik peraturan dan perancangan Allah ni, banyak sangat hikmah yang Allah sembunyikan yang kadang aku sendiri tak terfikir dan terjangkau dari akal fikiran aku yang terbatas ni. Dekat sini, tarbiah  nya sangat mantap. Ukhuwah nya sangat bagus, Bukan nak riya' tetapi ni cuma satu perkongsian yang mungkin akan membuka hati awak awak di luar sana.

Dekat sini, Persatuan Rakan Masjidnya sangat mantap. Banyak sangat aktiviti kerohanian dibuat dan ramai penceramah selebriti tak kira Pencetus Ummah ke Daie ke malah imam dari gaza dan Syria juga pernah dijemput untuk mengimamkan solat tarawih. Mashaallah.

memang lain sangat perspektif aku yang dulunya mengatakan bahawa UITM ni sangat bersosial pelajarnya. Tetapi selepas saja aku masuk ke sini. Rupanya, jumlah pelajar yang memakai tudung labuh amat ramai. Yang memakai pakaian yang menutup juga sangat ramai. Rakan serumah juga sangat mengambil berat antara satu sama lain. Sudah menjadi kebiasaan dekat rumah ni untuk solat berjemaah subuh maghrib dan isyak. Bagi solat zuhur dan asar kami akan berjemaah jika berkelapangan kerana jadual waktu yang pack membuatkan kitorang agak sukar nak berjemaah masa zohor dan asar.

Banyak sangat sebenarnya kebaikan/faedah yang orang luar tak nampak dalam UITM ni dari segi ukhuwah ni. kena masuk dulu baru rasa. Tak kenal maka tak cinta.

sesi usrah santai waktu pepetang. Dulu aku ingat UITM ni tak main lah usrah-usrah. Rupa-rupanya mashaallah... naqibah yang lead usrah sangat berpengetahuan, sambil-sambil tu kitorang boleh lah isi masa dengan perkara yang berfaedah.

Iftar sesama selepas seharian berprogram. Penat ni. Alhamdulillah selesai dengan jayanya program tu. Part paling best, mestilah bila dapat bergambar kenangan.

Dalam dewan Kuliah. Masa ni ada anugerah dekan. you all yang baca blog ni, doakan saya dan geng Muamalat part1 dapat dekan ye tuk first sem. Aamin :)


Semoga pengisian kali ni bermakna bagi semua. Bai!

No comments: