Nuffnang Ads

Thursday 24 December 2015

Keep Calm and Stay Free

Assalamualaikum and Hye!

So, sekarang saya berada di rumah menghabiskan masa dua minggu untuk relax dan siapkan segala tugasan yang perlu submit selepas cuti.. and and.. im so happy! Tapi yang tak seronoknya bila cuti pepanjang ni, of course masa belajar kita akan menjadi singkat dan makin banyak topik yang akan tertinggal. And then, akan banyaklah kelas ganti to cover all the miss topics. kan? but its okay, Take it easy. Ingat balik niat belajar kerana apa? dan inilah yang membuatkan aku sentiasa semangat nak pergi kelas.


I was took this picture a past few days. 

Sebenanrnya, aku rasa sangatlah sunyi dan kesepian sebab aku tak ada roomate. Korang rasa tak apa yang aku rasa? yes! if you in my shoes, you'll feel me. Tapi setiap kali kalau aku duduk dekat meja belajar dan rasa boring asik menatap laptop je. aku akan capai phone dan tangkap gambar langit, Tiba-tiba jadi hobi semenjak masuk semester 2 ni.



Tapi, kau akan rasa satu perasaan yang tenang bila kau tenung langit terutama bila kau berada dalam situasi yang stress yang kau rasa sampai nak mengalir ayaq mata (over tak?) tapi ini betul, Lagi-lagi yang belajar luar tu yang jauh dari rumah jauh dari mak abah jauh dari family. apa kau rasa bila kau tengah stress lepas tu tak ada siapa yang kau nak luahkan? Of course, kau akan berharap hanya pada Yang Satu, Di Atas sana. sebab tu aku kata. bila kau rasa sedih, putus asa. putus harapan. Pandang ke langit and start to Doa'. Doa lah apa-apa pun, Allah mendengar.

Much love from Puncak Alam!

Monday 21 December 2015

Brownies



Ni Brownies yang tikah buat semalam sebelum balik kolej. Nampak sedap tak? Haa kalau nak tahu rasa brownies buat sendiri.. meh tikah ajarkan cara buat dia, Senang je, tak susah pun. Kalau beli kat luar mahal kan? to save your money, kita beli ingredients sendiri pastu buat je kat rumah. Dapat banyak.


Tada .. !! dapat banyak kan ? so.. bahan-bahan yang tikah tunjuk kat bawah ni untuk satu hidangan dalam 3 orang makan. Kalau nak banyak JUST GANDAKAN BAHAN-BAHAN DIA SAJA. okay?


Ingredients / bahan-bahan :

250 gm dark chocolate
120 gm butter
130 gm tepung gandum
20 gm cocoa powder
3 biji telur
200 gm castor sugar (150gm castor + 50gm brown sugar)
1 tsp vanilla

cara-cara :

.. Panaskan oven pada suhu 180c selama 10 minit
.. jangan lupa griskan loyang menggunakan butter kemudian lapikkannya menggunakan "baking paper". (nanti senang nak potong bila dah masak)

1) Cairkan dark chocolate beserta butter (guna kaedah double-boiling)
2) Dalam mangkuk lain, ayak tepung gandum, baking powder dan cocoa powder
3) Masukkan castor sugar + brown sugar ke dalam bahan kering yang di ayak tadi. Gaul rata.
3) Pukul telur, masukkan vanilla ke dalam telur yang dipukul tadi. Kemudian masukkan telur tadi ke       dalam chocolate beserta butter yang telah dicairkan. Gaul rata.
4) Masukkan bahan kering ke dalam bahan basah. Gaul rata.
5) Masukkan brownies ke dalam loyang. Bakar pada takat 180c selama 45 minit.

Topping :

Tikah nak senang letak je chocolate kat atas. setengah orang suka white chocolate. Terpulang nak buat apa pun..

Macam mana nak buat topping dia?

1) Cuma perlu cairkan chocolate-bar yang awak beli dekat pasaraya tu.
2) Guna kaedah double-boiling.
3) masukkan dalam piping bag.

Double-boiling tu apa?
.... Haa double-boiling ni kaedah kukus. letak periuk berisi air, panaskan. Lepas tu atasnya letak lagi bekas untuk cairkan chocolate @ apa saja yang nak dicairkan.

SELAMAT MENCUBA :)


Wednesday 9 December 2015

Keikhlasan #TLJ

Assalamualaikum and hi!

Baru-baru ni kita semua dikejutkan dengan berita kematian seorang yang sangat di sayangi dan di kasihi. Semua rakyat Malaysia tahu kan siapa? The news was spread all around the world, especially in Brunei, Singapore and Indonesia. YAM Tunku Abdul Jalil Iskandar Ibrahim Ismail Ibni Sultan Ibrahim, Tunku Laksamana Johor. 

Secara jujur, Aku sangat terkejut dengan berita kematian tu sebenarnya. Tika memang follow up dia punya kehidupan, follow his Instagram to know how he face his life. As we know, TJ has a critical ill, cancer in stage 4. But he always strong and doesnt show his weakness in people around him, I am so adore with him, because he always give the positive vibes to all. 

Walaupun aku daripada Selangor, Berita kematian seorang penduduk Johor (Tunku Jalil) sangat memberi kesan yang mendalam dalam diri ni. I've read a lot of his story, how he fight for his cancer especially. Almarhum menubuhkan Yayasan Kanser Tunku Laksamana Johor untuk membantu rakyat yang menghidap kanser. INI SATU SUMBANGAN YANG SANGAT BESAR. KAN? selain tu juga, aku banyak sangat dengar tentang kebaikan dia, apa dia buat masa dia hidup, since ive one of my friend who come from Johor. So, ive know more information about Almarhum Tunku Jalil from her (my friend). Semua kebaikan yang Almarhum lakukan, all goes to pahala. Inshaallah, Doa kami semoga Almarhum Tunku Jalil rohnya dicucuri rahmat Ilahi serta ditempatkan dikalangan orang-orang beramal soleh.

(try to stop crying)

Back to the topic. Why i choose "Keikhlasan" for this post. Is it related to the Tunku Laksamana Johor's story? 

Yes! Definitely

Why?

In my opinion, satu perkara yang menyebabkan semua orang yang mengenali Almarhum sudah lama, atau pun baru mengenalinya semasa mendengar berita kematian TJ atau pun kenal Almarhum melalui laman sosial sejak pertababalan baginda sama ada pernah berjumpa atau tidak. Mereka merasakan, semua perkara yang baginda buat. terkesan! kenapa terkesan? Berkemungkinan Almarhum melakukan semua ini kerana  niat yang betul iaiti ikhlas kerana Allah, Sebab itu, selepas kematian Almarhum terlampau banyak kebaikan yang disebut-disebut tentang Almarhum.

Jadi, keikhlasan ini sebenarnya mampu memberi perubahan kepada seseorag. Sebab itu, bila ditayang tentang video Almarhum ada sesetengah mereka yang menangis, menitiskan air mata. Ini semua kerana balasan terhadap sifat keikhlasan itu. 

Sebab itu, tidak kira kaya atau miskin. Kita semua sama di pandangan Allah, yang membezakan Iman dan Takwa. Inshaallah, Semoga kita semua sentiasa di beri petunjuk oleh Allah dalam setiap perkara yang kita lakukan.

Sebelum mengakhiri entri ni, aku nak share satu ayat al-Quran yang paling memberi kesan dalam hidup aku, Semoga ia memberi pengajaran:

"Jika engkau menolong agama Allah (Islam), maka Allah akan menolong kamu".

Saturday 28 November 2015

Perasaan

Assalamualaikum and hi!

Sungguh terasa lama sangat tak update blog, and you know! my semester break is about to meet the end and and tomorrow i need to register new college. Haih! need some strength . please..

Jadi, kenapa tittle dia "PERASAAN", is it about what or how do i feel when my semester 2 is begin? oh exactly no.. hm.. okay lah half half 50:50 . Sebenarnya, apa yang nak aku sampaikan kepada semua adalah tentang naluri seseorang perasaan seseorang apabila dia hadapi sesuatu situasi, Dan kita tahu bahawa ujian untuk setiap orang itu adalah berbeza, mengikut kemampuan dia. Bukan?

Pernah dengar kan Allah telah rakamkan ayat yang sangat indah dan cantik, untuk dijadikan penguat semangat bagi setiap hamba hambanya:

'.... sesungguhnya Aku(Allah) tidak akan membebankan engkau melainkan dengan kesanggupannya..'

Ayat tersebut sangat sangatlah memberi semangat baru nafas baru dekat aku bila mana aku ditimpa kesedihan kekecewaan ketidaksanggupan dan banyak lah ke ke ..

' Sesungguhnya dengan mengingatiKu (Allah) hati menjadi tenang'

Allah juga memujuk hamba hambanya yang sedang mengalami sebarang situasi yang kau rasa sangat tough sangat sukar kau nak hadapi dan kau rasa tak tenang .. dengan menurunkan ayat tersebut . Mashaallah Subhanallah, Sungguh kan, aturan Allah itu indah je, Langsung tiada cacat dan celanya.

Okay, you imagine.. In baking, of course you need to prepare the right ingredients so that what you want to do is exactly same as in the recipe. If, you measure the all-purpose powder or baking powder not same like what the recipe said, maybe you failed to make the beautiful and delicious cake. is it same if you find someone to make a friend, you need to find someone that can bring you to the good way. Not someone that can bring you to way worse. If you are wrong in making inference i mean,, you are fail to find the good one to always with to guide you, at the end... your life will turn dark.

Jadi, apa pun. Perasaan yang Allah bagi itu ada hikmahnya. Pernah tak masa kau jawab exam kau rasa inilah jawapannya. Hati mengatakn itu, tapi nafsu mengatakan lain. Bila semak jawapan.. Laahh your first choice tadi lah yang betul. Jawapan yang kau padam tadi sebenarnya adalah jawapan dia bukan the second choice. hmmm rasa nyesal tak? I know you'll regret in your entire life sebab 1 markah membawa sejuta kebahagiaan. kiki.

Jadi, walau apa juag situasi yang kau hadapi. When times get tough we must believe that Allah is always right there beside us, Listen to us through thick and thin, This life is just a test. When say 'TEST' we need to do our best . like you answer your test, wht do you feel? mesti kau rasa bersungguh kan sebab nak markah tinggi nak dapat dekan. Macam tulah ujian di dunia, Kena rebut pahala dan syurga,

Aku hanya insan kerdil yang masih banyak perlu terokai ilmu. banyak salah dan silapnya. Jadi yang buruk datang dari diri ini, yang baik itu semua dari yang Maha Esa. im sorry for any mistake in my written. Just drop your comment down bellow or leave your step in Shout box.

Friday 9 October 2015

Hostel UITM PUNCAK ALAM

Assalamualaikum and Hye (sing Harris J song Assalamualaikum)Yeah ...

Ya Allah, terasa lama sangat tak update blog. Insyaallah saya akan cuba curi-curi ruang sikit lah kan nak update blog. (ceh ceh ramai stalker). Okay lah. Hari ni terasa nak share macam mana sebenanya asrama kat UITM Puncak Alam ni.

Aku tahu ramai orang dekat luar sana yang .. yeah lebih hebat mungkin akan belajar di IIUM or UNISZA or USIM. But it's okay. everywhere you are studying at. it is same. We have one goal-For the sake of Allah. Itu yang membuatkan orang Isalam bersatu sebab apa? sebab kita ada tujuan yang sama iaitu kerana Allah s.w.t.

Selagi aku tak melencong ke tempat lain, it 's better for me to show you my room! Yeay...



Kan kat katil tu ada besi tu,gantung lah di situ ye anak-anak nampak lah kemas sikit. just imagine almari dah penuh dengan baju plus awak sangkut lagi benda alah tu nanti kan sempit. Jadi ruang tak cukup. and what's more., Hilang mood nak pilih baju pergi kelas besok. HUHU.




Full image of my wordrobe. 

DETAILS...



Girls.. Susun lah cecantik cenggini. Barulah wanita (ceeh) . Bukan nak menunjuk,cuma kita berkongsi cara bagaimana ingin tampak indah bukan saja luaran tapi dalaman. Kekemasan cuba dijaga, jangan berpakaian cantik diluar tapi bila buka almar baju... "semua di fikiran anda.."

(baju ni jelah yang aku ulang-ulang sampau nak habis sem pun)

  
Bawah sekali tu baju yang selalu guna kat rumah, i mean asrama. Nampak lah tersusun sikit. Dalam beg tu apa? hehek...


Kalau nak tahu memang aku bawa banyak baju datang sini. Dalam beg cecomel ada telinga tu, dalam tu memang semua baju untuk jejalan keluar termasuk lah baju yang jarang pakai cth baju muslimah. Baju muslimah selalu nye aku akan pakai untuk jogging atau ke cafe. 


Tudung is a must. Tudung yang bersidai ni mestilah wajib bagi aku sebab yelaaah aku datang mana bawa tudung sarung nak sesarung terus. I saat terus siap. That is the reason kenapa akan ada satu tudung yang akan tersidai kat almari sebab nak keluar cafe ke buang sampah ke amik air ke, haaa senang. sarung je tak yah gosok. (bukan malas tapi MASA ITU EMAS


Adik-adik junior SAMNI kalau terbca blog ni bacalah semua ye, sebab kak tikah ni memang banyak benda nak share (ceeh) saya sangat menggunakan ruang-ruang yang ada dengan amat efektif ya. Kalau nak tahu dalam koak tu apa, okay baca bawah ;;;


TADAAAA.... Stock of food. My favourite yeayy!!


Meja belajar! Nak belajar kena ada mood. sebab tu kena tampal kata-kata semangat depan mata.




Beli lah rak tu RM5 je. Nampak kemas tak berselerak. Saya beli kat Klang Prade dan tak ingat apa nama kedai dia. 

So,I hope this entry will give you inspiration on how to make your hostel clean and comfortable at the same time you can studies in peace =) 

Wednesday 9 September 2015

hati ini hanya untuk Allah

Bismillah...

Kepada semua kawan-kawan dan rakan-rakan blog atau sesiapa yang sudi menjengah ke blog ni, atau mungkin tersadar di blog ni for a while.hihi. Im very hope that this entry really make your heart open and receive what is actually Allah has give to us.Bless..and do not blame others.

Kadang aku rasa aku gembira dengan kehidupan aku. Ramai kawan,boleh berhuhu haha.Tapi aku sedar sebenarnya kehidupan ni tak lain hanyalah sementara. Kehidupan yang mana pentas lakonan terbesar sama ada kita menjadi pelakon terbaik atau pun jahat(moga dijauhkan).

Apabila kita sudah lalai dengan keseronokan,berkawan gelak ketawa sehingga kadang kala kita terlupa bahawa kebahagiaan yang kita nikmati sekarang adalah nikmat dan kurnia Allah.. Apabila tiba suatu masa, Allah tarik nikmat kegembiraan itu,kita mula hilang kawan dan sebagainya.kita sepi dan kadang kita menangisi dan mula mempersoalkan itu ini.."Kenapa aku tak macam orang lain,kenapa Allah bagi aku kehidupan yang macam ni..kenapa kenapa". Sayangku sekalian. Jangan mula mempersoalkan itu ini kerana semua ni ada hikmah. Ya..betul . semua yang kita lalui ni susah. Aku tak kata mudah, Kadang aku yang sendiri hadapi kadang rebah. Tapi aku sedar dan mula bangkit.

kerana apa?

Kerana aku tahu, bahawa yang sentiasa bersama aku, sentiasa di sisi aku ketika susah dan senang hanyalah Allah. bukan kawan! bukan orang sekeliling aku.

Dan... aku berasa tenang bila aku sendiri walaupun tiada sorang pun yang bersama aku.

sebab apa?

Sebab hati ni hanya untuk Yang Satu. Allahu...


Saturday 4 July 2015

UITM DIHATIKU

Assalamualaikum dan selamat tengah malam semua.
Mashaallah seharian program ACIS hari ni dari pukul 8.00 am sampai lah pukul 8.00 pm. Mashaallah sangat penat dia tak terkata. Tapi la ni tak rehat-rehat.

For those yang tanya apakah itu ACIS ? Actually ACIS is stand for Academy Contemporary Islamic studies yang mana baru hold dekat uitm 3 tahun. Im the third batch who taken this course. Many of degrees student ask us, are you from which course? and we told them, we're from Muamalat course. Of course a half of them will ask us again, Muamalat? Ada eh course tu ? "Dalam hati dah agak dak memang ramai yang akan tanya persoalan macam tu. Why? yelaah course baru mana popular."

Dan kami sangat sangat bersyukur pada Allah swt kerana memilih kami- tak kesah lah course muamalat mahupun oengurusan halal. Kami bersyukur kerana hanya  2 course ini saja yang fully islamic. Alhamdulillah. Kalau nak tahu, ACIS ni ada dua course saja iaitu MUAMALAT dan PENGURUSAN HALAL.

So, untuk aku yang baru part 1 ni still merangkak lah nak explore more abaout our course. I want to tell you lah yang terbaca blog aku yang tak seberapa ni kan. Dulu, masa lepas lepas spm lah kan i mean, ramai yang akan mengajukan persoalan yang berbunyi. Lepas ni nak sambung mana? Univ. mana dan course apa? bla bla bla. Dan dengan lantangnya aku akan menjawab (lantanglah sangat) Yang pasti taknak masuk uitm dan yang pastinya haruslah aliran agama.

hello, masa isi UPU first choice aku ambik Ilmu wahyu kot yang mana Univ. nya adalah UIA. Aku ni memang angan-anaga tinggi konon nak masuk UIA lah USIM lah. And yes, the second choice pula aku pilih perakaunan dan muamalat di USIM. Unfortunately, semua yang aku nak tak dapat . Apa yang aku dapat. UITM yang paling aku tak nak sekali dan course nya yang paling aku tak tahu itu apa benda. Oh tidaaaak masa tu nak nangis pun tak guna. MUAMALAT ni pilihan ke-7 kot masa aku isi UPU, hantam taram je kot masa ni, kira yang last2 ni memang aku isi lantak lantak je.

Tapi rupa-rupanya disebalik peraturan dan perancangan Allah ni, banyak sangat hikmah yang Allah sembunyikan yang kadang aku sendiri tak terfikir dan terjangkau dari akal fikiran aku yang terbatas ni. Dekat sini, tarbiah  nya sangat mantap. Ukhuwah nya sangat bagus, Bukan nak riya' tetapi ni cuma satu perkongsian yang mungkin akan membuka hati awak awak di luar sana.

Dekat sini, Persatuan Rakan Masjidnya sangat mantap. Banyak sangat aktiviti kerohanian dibuat dan ramai penceramah selebriti tak kira Pencetus Ummah ke Daie ke malah imam dari gaza dan Syria juga pernah dijemput untuk mengimamkan solat tarawih. Mashaallah.

memang lain sangat perspektif aku yang dulunya mengatakan bahawa UITM ni sangat bersosial pelajarnya. Tetapi selepas saja aku masuk ke sini. Rupanya, jumlah pelajar yang memakai tudung labuh amat ramai. Yang memakai pakaian yang menutup juga sangat ramai. Rakan serumah juga sangat mengambil berat antara satu sama lain. Sudah menjadi kebiasaan dekat rumah ni untuk solat berjemaah subuh maghrib dan isyak. Bagi solat zuhur dan asar kami akan berjemaah jika berkelapangan kerana jadual waktu yang pack membuatkan kitorang agak sukar nak berjemaah masa zohor dan asar.

Banyak sangat sebenarnya kebaikan/faedah yang orang luar tak nampak dalam UITM ni dari segi ukhuwah ni. kena masuk dulu baru rasa. Tak kenal maka tak cinta.

sesi usrah santai waktu pepetang. Dulu aku ingat UITM ni tak main lah usrah-usrah. Rupa-rupanya mashaallah... naqibah yang lead usrah sangat berpengetahuan, sambil-sambil tu kitorang boleh lah isi masa dengan perkara yang berfaedah.

Iftar sesama selepas seharian berprogram. Penat ni. Alhamdulillah selesai dengan jayanya program tu. Part paling best, mestilah bila dapat bergambar kenangan.

Dalam dewan Kuliah. Masa ni ada anugerah dekan. you all yang baca blog ni, doakan saya dan geng Muamalat part1 dapat dekan ye tuk first sem. Aamin :)


Semoga pengisian kali ni bermakna bagi semua. Bai!

Sunday 14 June 2015

Family Day - Padang Sultan Sulaiman

Assalamualaikum.

Terasa lama sangat tak update entry. Jadi malam ni terasa rajin nak update blog memandangkan sekarang ni weekend dan malam ni agak free ( walhal ada assignment yang kena settle . Fuh! )

31 Mei merupakan hati terakhir aku bergelar sebagai staf ABIM. Di sana aku banyak belajar tentang kesabaran, Tanggungjawab, Disiplin dan banyak lagi. Senior di sana terutana Cikgu lin banyak sangat membantu aku dalam hal-hal pelajar dan kerja yang perlu diselesaikan. Tak terbalas jasa dan pengorbanan mu.

kak piqa yang banyak support ssepanjamh bekerja di ABIM. Miss you akak. *Kesat ayaq mata jap*

kakak kakak semua. Tika rindu! Ni lah kakak kakak yang banyak membantu memandangkan aku yang paling muda mengajar budak SRI. Jadi nya apa apa persoalan kebanyakannya aku akan rujuk diorang, 


Ini lah kawan baik saya, Kau lah yang banyak sekali dengar keluhan aku Syira. Aku rindu kau! since memasing dah start belajar. sebaik kau tak lupa nak wasap2 ai kan. Dia kata gambar ni lawa, takpela mata pejam pun pejam lah, Penat tahu.

 
kak norli yang banyak bagi motivasi, penguat semangat aku. Kalau kak norli bercerita, semuanya bagi kesan bagi pengajaran tauladan. Semua berguna kak. Dan buku akak tika tak pulang lagi kan? kiki




Tuesday 17 March 2015

Shawl labuh

Sebenarnya bisnes ni satu daripada minat yang semua orang suka, (YES/NO) sila gariskan. haha.

Shawl labuh ? Memang saja buat bi mix malay biar kata kunci senang dicari. hihi

Kalau dulu dulu waktu sekolah menengah mahupun sekolah rendah, Cikgu baru yang masuk ke kelas akan mengadakan one informal session, we call it as sesi taaruf. Yes, sesi taaruf adalah sesi perkenalan yang mana akan tanya nama tinggal hobi dan cita-cita, Bab ni cita-cita paling aku tak suka di tanya sebab cita-cita aku tinggi menggunung,

Dulu aku nak jadi Angkawasawan macam Dr. Sheikh Muszaphar Shukor, Pastu aku nak jadi Chef macam chef wan. pastu aku nak jadi polis sebab terpengaruh dengan Gerak Khas punya pasal. Pasrtu aku nak jadi doktor sebab terpengaruh dengan kak patem a.k.a Dr. Fatin Liyana ! Waduhhh! rasa macam takde matlamat walaupun result SPM dah keluar . Alhamdulillah :)

So.. Bisnes aku rasa satu platfom yang bagus untuk aku dan 2 kakak aku yang lain get income. Yes!



Q'uzamah Contemporary 
- Mashari Shawl 2 meter 33 inc ( RM45)
- Shoru Shawl 2 meter 27 inc ( RM39 )   

Contact us: w/s - 0136376604
"Membeli dengan Senyuman" :)

Di bawah ini hanya contoh pemakaian. kami baru berjinak-jinak dalam bidang ini. So, Do support us.




- Mashari Shawl 2 meter 33 inc ( RM45)


- Shoru Shawl 2 meter 27 inc ( RM39 )  






Sunday 1 March 2015

TASKI/SRI ABIM AL FIRDAUS

Pejam celik pejam terbeliak. Ghurepenye nak masuk 3 bulan aku bergelar guru. Subhanallah. How time flies ! Habis 3 bulan ini jugalah aku menjadi guru pelatih atau kita panggil sebagai practical. Ketua guru nak tengok setakat mana kemampuan kita. Contract pun dah nak habis, 5 bulan saja. But if I want to countinue in ABIM as a guru sampai tawaran sampai pun boleh, Tapi itu kena fikir banyak kali.

Baru lah aku tahu sebenarnya perasaan menjadi seorang guru, apatah lagi aku mengajar pelajar darjah 2 yang banyak mulutnya. Biasalah budak kan. Bila kita cakap sikit je nanti ada yang menyampuk "ustazah ustazah hari tu kan saya ..." Tanpa membuang masa aku pun terus menyampuk "Sabar.. ye ye ustazah tak habis cakap lagi". Nak marah tak boleh sebab bebudak kan. Dorang ni "BELAJAR MELALUI TELADAN ". Kalau dengan aku aku sekali tunjuk perangai tak elok, macam mana aku nak melahirkan ummah. tak gitu?

Bila aku masuk kelas darjah 3 lagi lah, Ya Allah. Lagi power. Aku masuk kelas je, beberapa pelajar yang agak hyper akan keluar ke belakang kelas dan memetik buah berry kesukaan mereka, Dan aku akan mula menaikkan suara sehingga beberapa darjah " ustazah kira sampai sepuluh, siapa tak masuk kelas ustazah denda 1 2 3 4 5 6 7 8 9 10 ". dengan kelam kabut nye mereka akan memetik buah berry banyak2 dan masuk ke kelas dengan kaki yang kotor. Dengan berkat kesabaran dan ketabahan aku akan tarik nafas dan hembus. Dan waktu itu lah waktu yang amat sesuai bagi aku untuk mentarbiah mereka, Nasib lah aku guru kelas darjah2 . Memang hari2 aku bagi tarbiah . Biar hati kasi cuci. Sebab dari kecil ni lah kita kena ajar, nanti besar dah terbiasa. Sebab dorang ni dosa masih sikit, hati masih suci. Dengan ilmu yang aku ada, berkat ilmu yang ustaz ustazah bagi masa kat SAMNI dulu aku cuba terapkan dalam diri mereka.








kadang aku memang tak faham sikit dengan perangai anak-anak murid aku. Bila diajak bergambar perangai mereka akan mula baik. Lepas je dari tu, bila aku nak mengajar, Mashaallah, Mengapakah anak2 ni? Dan ketika itu juga waktu sangat2 sesuainye untuk aku mentarbiah mereka .. 

"Awak nak tahu tak. Bila kita berada dalam majlis ilmu malaikat akan melebarkan sayapnya. Dan bila ustazah mengajar awak akan rasa bosan, dan ketika itu sebenarnya syaitan sedang membisikkan pada telinga awak .. (heii kau tak payah lah belajar, buang masa je. baik kau main, Lagi seronok) apabila syaitan sudah mula membisikkan begitu pada telinga kamu dan kamu mengikutinya, ketika itu syaitan meloncat kegembiraan keriangan kerana kamu sudah terpedaya. Kamu nak ke jadi anak murid yang kurang ajar? nak ke kamu gagal dalam kehidupan sebab tak dapat reda guru? nak ke? "

Dan mereka satu kelas akan menjawab "TAK NAAKK!! " ..  masa aku tarbiah dorang tak berani nak menyebok. Dorang akan diam, tangan akan diletakkan di peha,. Mata akan tertumpu pada aku, Dan aku akan pandang seorang demi seorang dengan mata yang tajam sehingga mereka tertunduk. Biar nampak garang padahal dalam hati gelak aku nak pecah. Tapi itulah, sebenarnya aku sayang sangat kat dorang ni sebab tu aku kena treat anak2 murid aku ni betul2 suapaya dah besar nanti dia faham apa itu kehidupan.


Time exam baru korang tahu langit tu tinggi ke rendah, ustazah suruh belajar betul2 mu taknak. Ha sekarang ni .... "ustazah memang doakan yang baik2 je untuk kamu . Kamu tu pun kenalah usaha". Itulah ayat aku selalu guna.


Oh, menyempat ye nak sesengih, Ustazah dah habis tanda kertas ujian, Lepasni rasa macam nak karate je biar korang tahu bagaimana rasanye menjadi seorang ibu. 

Apa pun, aku nak bagi satu tips mengajar 

1) niat bagi baik lah . Of course kerana Allah
2) masuk kelas baca selawat banyak2 biar anak2 senang nak dapat ilmu kita pun senang mengajar.
3) Bila anak2 main waktu belajar, kita datang kat dia, pegang tangan dia sekuat hati dan pandang mata dia dalam2 sampai dia tertunduk.
4) jangan lupa tarbiah mereka setiap hari

Gud luck! Result SPM keluar selasa . Doakan saya dan kawan kawan, salam rindu Pelajar SAMNI :)