Nuffnang Ads

Sunday 21 December 2014

MAHA 2014


Assalamualaikum

Siapa pernah pergi MAHA 2014 ? aku tau pasti ramai yang mengangkat tangan, mengangkat kaki, mengangkat segala apa yang mahu diangkat kerana mengiakan persoalan ni. 

Well~ aku ni orang kata kuno. MAHA pun aku tak tahu bila first time dengar. "Apa, MAHA?? Apa tu". Sampaikan satu masa kakak aku pergi sana bersama memacik di kampung menaiki bas. Rombongan cik kiah gitu lah. And I was like .... kakak kata kat sana besar, banyak. Apa yang banyak aku pun tak tahu sehingga suatu hari, this year lah ternampak dekat newspaper about MAHA 2014.

The news really make me want to know apa kot sebenarnya MAHA ni. dekat situ dia siap tunjuk peta. Besar sangat tempat dia, dan sehinggalah kaki ku menjejakkan sana for the first time. Ghupenye dekat sana ada section dia. Ada rumah negeri, ada pertanian, ternakan and many more. Barulah tau! Jakun sikit bila sampai tapi buat muka selamba supaya paras rupa tu... biasa-biasa sudahlah wahaa. 



Aku nak tau pegang Lembu ni, tapi tak berjaya. Ya Allah, besar sangat. Bila dekat macam nak kena makan tahu tak. Pasni ajak abah mai sini tengok lembu, al maklum.. dulu2 abah saya ternak lembu. Ada lah experience bagi lembu makan pucuk ubi. (kenangan kekecik terimbau kembali)


Abende tah ni. transformers!


Anak patung ni sangat comel keh,,,,, dia siap letak kayu kekecik kat tempat duduk supaya orang awam tak duduk atas tu untuk bergambar. And ya.. im so sad!



Apa ye ni? Yang aku ingat aku tangkap dari jauh dan terus berjalan tanpa menghiraukan apa benda tu. Ini satu kesilapan ye adik adik apabila kita menjelajah menimba ilmu. Lepasni kita ubah . Promise..





Ha.. yang ni the best part lah for sure sebab dapat tengok kucing yang gegebu kalau peluk memang sedap. Tapi apakan daya, kucing aku Si Gemok memand tak suka dipeluk. Aku sekarang tak kawan ngan Si Gemok tu, menci lah asik kena cakar je! 






Memang tak explore semua tempat, Besar sangat! 



Kami sudah sampai di sarawak, Anda bila lagi ??