Nuffnang Ads

Thursday 7 January 2016

Berniaga sambil belajar

Assalamualaikum!

alhamdulillah. Bersyukur ke hadrat Ilahi kerana masih memberi peluang kepada kita semua dalam menjalani kehidupan ini, masih memberi kita peluang untuk menghirup udara ini, masih memberi peluang untuk berjalan makan minum. Kalau kita nak list kan setiap satu nikmat yang Allah bagi tu memang tak cukup kan. Nampak tak, betapa Allah tu sayang sangat dengan kita. Beri kita mata untuk melihat mulut untuk bercakap hidung untuk menghidu telinga untuk mendengar. Tapi adakah kita bersyukur dan sentiasa mengucap ALHAMDULILLAH?

Moga Allah jauhkan kita daripada kelalaian. Sentiasalah berdoa agar diteguhkan hati dengan tali Allah (Agama Islam) . Mudah-mudahan.

Actually, i'm quite busy since dah masuk minggu ke-5 belajar ni. Mulalah dengan assignment presentation yang tak pernah nak stop , busy with test and quiz yang akan start pada bila-bila masa di mana jua (okay ni tipu). Tapi, aku gagahkan jua untuk menulis. Masa tu ada tapi kena cari, Inshaallah Allah mudahkan.

Students di luar sana.. banyak aku dengar pasal makanan mahal lah kena diet lah sebab banyak kena beli buku bayar events itu ini sampai ada yang pengsan sebab tak makan dua hari? Is it true? itu apa yang aku dengar.

So, demi langkah berjaga aku telah mengambil beberapa langkah untuk aku tambah side-income. Disebabkan aku muamalat student aku fikir why not aku try berniaga di kampus ni. Erm.. Since background family aku semuanya bisnes aku rasa ni semua gara-gara keturunan. Jadi nya aku pun turut sama terjun dalam bidang perniagaan.

Perniagaan? alaah yang biasa-biasa je. -__-

Tak de lah. Bukan buka butik ke kafe ke apa. Tak. Tapi, aku nak ucap terima kasih sangat pada (put the name) ni sebab dia dah memberi inspirasi pada aku untuk buat delivery dinner.

Actually, Free Delivery Dinner ni baru je start isnin yang lepas, 5/1/2016 dan aku telah membuat satu idea yang mana aku rasa why not memalam tu kita buat delivery dinner dekat kolej. Sebab aku tahu sangat perangai student UITM ni malas sangat nak turun kafe memalam beli makanan (aku lah tu) jadinya mereka akan makan biskut dan seberadik dengannya if lapar. Dan Alhamdulillah baru saja 4 hari berlalu information tentang jualan ni telah tersebar luas di UITM Puncak Alam.

aku sendiri tak tahu how boleh tersebar. Pada mulanya aku just buat deliver for girls only tapi tiba-tiba sampai ke pengetahuan kolej lelaki. Okay lah, aku buat juga tapi tak deliever ke bilik lah cuma dorang kena turun ambil makanan.

Eh.. Kau ke tikah yang masak dan hantar makanan?

answer: bila masa aku nak buat semua tu? aku ni kan kat kolej tak kan bawa periuk belanga segala bagai masak dalam bilik ni.

Eh.. Habis tu siapa yang buat semua tu?

answer: aku hanya catit semua order students, dan list order akan diserahkan pada kakak-kakak dan mak aku yang berada di rumah untuk masak. Dan pada waktu malam tu dorang dah start deliver ke bilik bilik.

(PENAT LAH PULAK MENAIP NI)


Buat simple-simple macam ni je, lepastu hantar dekat group-group. Alhamdulillah dengan students UITM yang sangat lah baik mereka dah tolong saya dalam viralkan informasi ni, Thank you juga pada sahabat saya yang saya cintai Lubaina, Qurratu, Farha, Semua lah.. banyak sangat support saya. Terharu.






Alhamdulillah, Tak menang tangan nak salin order-order yang ada. Alhamdulillah. Cuma nak beritahu, post ni bukan nak apa pun. Cuma aku berharap post kali ni dapat memberi isnpirasi dan manfaat kepada student yang still buntu how to get side income masa belajar ni.

Thank you!


No comments: