Nuffnang Ads

Thursday 24 March 2016

Tempat best kita boleh pergi di Indonesia

Assalamualaikum,hai.

Mata dah ngantuk, esok class pagi tapi still nak menaip nak juga update blog nak juga nak juga. Sebenarnya, tadi petang ada majlis restu ilmu. Mesti korang macam "what? dah masuk universiti pun still ada restu ilmu ingat sekolah lagi.." Hey guys. Bila masuk U ni lah kau rasa macam ta'ajub sangat sebab tak sangka lah kau dan menjejaki ke alam lain pun majlis restu ilmu still dibuat. Dan saya bersyukur majlis begini still countinuosly untill now! Yeaay!! good job SMF

So.. Last month I went to Indonesia and 3 days before we left Indon (if im not mistaken, lupa dah hehek) kitorang pergilah jalan-jalan cuci mata. So, nak tunjuk sikit lah tempat-tempat yang kami pergi. And, here i'll share some tips how to shopping in Pasar Baru and certain places at there.

Sebelum tu, aku cadangkan kalau korang nak tukar duit jangan tukar duit dekat airport. Mereka jual mahal, better cari tempat lain eh.


[Monumen Nasional (MONAS)]


Ini lah Monumen Nasional atau kita panggil dia sebagai MONAS, Dekat sini, Masyaallah sangat makanan dia mahal bak hang.. Mungkin, one of the factor MONAS ni adalah tempat tumpuan pelancong jadi harga dia agak mahal. Macam bakso dekat tempat ni harga dia 20,000Rp dalam RM6. Air 5,000Rp dalam RM1.50


[Floating Market]


Inilah dia Floating Market. Kalau nak tahu, makanan yang dijual dekat sampan-sampat yang terapung tu dia tak guna duit tau. Tapi guna token. Nanti akan ada satu tempat tu korang kena tukar duit jadi token. Comel kan?

Ha.. ni diaaa token tu. Korang tukar lah berapa banyak korang nak. Aku tukar 25,000Rp je sebab nak beli makanan bawah ni punya pasal. Nampak macam sedap kan. Pandai jimat-jimat lah. 

 Ini nama dia Mee jawa .. Mee.. apa entah tak ingat, nama dia pelik memang susah nak ingat sampai aku pun tanya tau penjual tu ni apa benda. Eleh.. sama je macam mak mak kita semua masak mee sup kat rumah tu cuma yang ni mee dia besar-besar dan lebih urmm kenyang lah bila makan. Harga 25,000Rp dalam RM7.50 lah kot.

 Tak tahan dah nak ulang alik sepanjang sampan-sampan tu (bahasa melayu teruk naa). Iyelah, just you imagine perut dan lapaq dah berbunyi lepastu kena berjalan sepanjang sampan-sampan tu dah lah banyak sangat pilihan makanan yang kau rasa semua nak. Ada makanan yang comel, yang pelik yang dah biasa tengok yang bila jalan depan sampan tu bau makanan dia sampai menusuk ke dalam hidung. Tapi last2 makan mee je uwaa!!







Ini bukan rumah atau tempat tinggal ye kawan-kawan. Ini TANDAS!







Anak sapa niiii cantiknyaaaa!!


Anak sapa niiiiii !!! Gumbira nyaaaa !!

[Islamic Book Fair]


Kalaulah masa korang ke sana ada book fair macam ni, jangan tak pergi tau! must go! sebab dekat sana korang akan dapat and cari banyaakkk buku-buku yang harga nya sangat lah murah berbanding di Malaysia. Of course lah kan, because the currency is different. Tapi macam karya-karya islamic yang memang pure dari Indon buku Wahbah Zuhaili (for those yang ambil muamalat or islamic management) memang senang nak dapat. Berbanding pergi Pesta Buku Antarabangsa Ya Allah! aku tahu ada je jual, tapi susahnya mahu mencari.

[Masjid Istiqlal]



  
ini view dari luar Masjid Istiqlal. Aku tak tahu tu apa tapi macam menarik. kan?


Guys, datanglah solat di sini. Sangat besar dan ! Masyaallah tak tahu nak describe macam mana tapi memang best. Tempat wuduk dia sangat special. Masa aku nak ambil wuduk tu, aku sampai sesat mana tempat wuduk tak jumpa-jumpa. Dah lah besar, jalan sendiri pula tu sebab geng yang lain masa tu tengah settle dengan pakcik yang jaga kasut.

Ha .. lagi satu, masa korang nak masuk masjid ni, korang tak boleh letak kasut kat luar. Ada pakcik yang jaga kat dalam tu. Tapi.. kena bagi upah untuk jaga. Bagi duit Malaysia pun dia terima. RM1 je pun dia okay :)

[Pasar Baru]

Guys !!!!!! Pasar Baru ni memang jadi tempat tumpuan pelancong. Memang orang kata tempat wajib datang kalau pergi Indon. Sebab utama dia.. barang dia murah-murah. Kena pandai cari tempat juga sebenarnya, ada yang murah ada yang mahal. Yang PENTING kena pandai tawar menawar. MUST! untuk dapatkan harga yang murah kenalah pandai tawar menawar. Dekat sini memang akan rambang mata sebab terlalu banyak sangat yang dijual.

So.. Bila kau dah sampai kat suatu kedai kau rasa nak beli, kau kena beli terus sebab. yelah! tempat ni besar pastu nak usha barang kat kedai lain lagi nanti tak cukup masa nak patah balik kat kedai yang kau suka tu. Tak pasal-pasal sesat jalan, dah lah kat sini memang crowded lagi-lagi dekat kawasan luar. Tak payah kata lah! terhimpit-himpit. Tambahan lagi ramai pula penjaja dekat sini yang datangsecara tiba-tiba and kata "ini embak, beli air nya pasti haus". ada juga yang jual key-chain lah apa lah. Kadang tu sampai ada yang paksa kita suruh beli, Tapi jangan kau lari, cakaplah "Tak pe, saya tak nak" (aku kat sana cakap je melayu dengan orang-orangnya, kadang je cakap Indon kalau terlebih rajin)





Haaa...  Ini lah syurga wanita. Kau nak kata apa bila nampak beg longgok-longgook macam ni. Harga satu beg 50,000Rp bersamaan RM15 ringgit Malaysia. Kalau tengah Obral (Sale). Tapi dekat sini memang senang je dapat beg yang cantik-cantik 50,000Rp.




Muka kakak kakak yang kepenatan!



Kat dalam ni ada jual kain batik. Kena pandai tawar juga. Aku belikan kain pelikat untuk abah harga 95,000Rp bersamaan RM27 macam tulah. Tapi.. ni pun harga tawar tau kalau taakkk memang mahal

Lepastu kain batik dekat sini memang cantik-cantik sangat. Kalau nak yang memang aum.. buat baju raya memang best harga dia adalah dalam 60,000Rp bersamaan RM18. Ada je yang nak murah 30,000Rp bersamaan rm9 (murah kan)


(Sorry tak ingat nama tempat)

Tapi.. Ini ialah tempat yang menempatkan anak-anak yatim. Rasa terharu dapat jejak kaki ke sini dengar mereka membaca ayat-ayat suci al-quran tanpa tengok al-Quran. Masyaallah sangat. Mereka dididik dengan cara yang sangaaattt halus sehingga menjadikan mereka anak yang sangat baik, ada tu kecik-kecik dah buat solat sunat rawatib. Sangat terkejut bila tengok. (Future husband, nanti kita didik anak sampai jadi macam tu ye..)









 Tengok lah habang-habang ni. Mangat sungguh! Inilah cara nak menggembirakan hati kanak-kanak. (dapat pahala tau buat orang gembira) Let's ...



Okay.. Tu je lah kot, Moga post kali ni dapat lah bagi manfaat kepada sesiapa yang ke Indonesia eh! Ouh lagi satu, kalau korang susah sangat cari tempat penginapan duduk je di Kedutaan Malaysia eh. :)

Tuesday 15 March 2016

Seminar UITM-UIN (Bandung)

Assalamualaikum, hai.

Sebenarnya dari haritu lagi nak buat entry pasal UITM-UIN apa yang kami buat dekat sana, program apa sebenarnya kami ke sana dan nak share lah sikit kan apa yang aku dapat kat sana.

Sebenarnya ni program under degree, jadi kami join lah sebab ada kekosongan kan. Mulanya, aku langsung tak tahu apa tujuan kami ke sana. Yang aku tahu pergi untuk membeli belah borong sakan (huhu) dan bila aku dan kawan-kawan semua berkumpul di UITM Shah Alam (sebab budak-budak degree duduk sana) aku tanya dekat akak ni sebenarnya apa je yang akan kita buat bila di UIN nanti. So akak tu pun kata, dekat sana nanti akan ada pembentangan tentang kewangan islam. Since kitorang ni dari program muamalat dan pelajar UIN sana mereka ambil jurusam Islamic Financial Management kira ada jodoh lah .. course tu lebih kurang sama jaa. Muamalat pun ada belajar tentang islamic financial juga.

So.. bila dekat sana. Semua presentor banyak sangat bagi ilmu, perkongsian tentang apa hukum mudharabah, cabaran dalam islamic financial di Indon dan degree students UITM pun ada buat pembentangan tentang muamalat di Malaysia ni dan banyak lagi lah (kena tengok notes balik lah kalau nak share) Jadi, dari situ baru aku tahu bagaimana sistem kewangan di sana dan perbezaan di sini.

Selain daripada dapat banyak information, saya dapat kawan baru di sana. Sampai sekarang pun kitorang still contact through whats'app. Dunia tanpa sepadan kan. Jadi, hubungan kitorang tak lah tergantung macam tu je, betul tak?





Firda and Masyitoh. Alhamdulillah lah kan dua orang ni jenis tak lupa orang haha. Apa yang paling best dorang ni rajin tau whatsapp tanya khabar. dan banyak kali dorang mention "harap sangat dapat ketemu suatu hari nanti" 

Even bahasa kitorang lain and sometime aku hilang vocab untuk cakap bahasa indon, aku cakap je melayu. rasa rasa dorang faham? Mestilah faham dong.. mereka pun bisa ngomong melayu kok.

Erm.. Rasa macam seronok kan bila tengok hakak hakak dan abang abang ni dapat arrange satu program serumpun macam ni. Insyaallah.. Jika ada peluang doakanlah hadek-hadek diploma ni pun dapat arrange satu program yang macam ni, eh.. eh..

Tuesday 1 March 2016

Seminar Muamalat Nusantara & Pra Praktikum Luar Negara

Masyaallah sangat. Tajuk post tu await panjang naa kan. Tapi tak pa. aku pun tak ingat sangat nama program ni apa, tapi rasa nye betul dah tu nama program dia sebab aku tengok dekat banner program hihi.

Makanya, program anjuran UITM acis ni sebenarnya berlangsung di Indonesia selama 5 hari. Firstly, this program just for degree's student, after discussion between degree's students and prof mereka pun buka program ni untuk pelajar diploma.(lebih kurang begitu lah ceritanya,kot) Jadinya, rasa macam "eh.. nak join lah program ni. Macam best lah". Makanya, aku pun segera whats'app abang aku dan bodek dia untuk support aku pergi sana. Hahaha. Adik yang baik memang begini. jadinya, duit untuk tiket, passport, belanja shopping semua abang aku yang support. aku cuma duduk minum cool blog duit sampai, (Astaghfirullah). Okay lah, tak lah. aku kan student lagi mana ada duit, pau pau lah abang sikit sementara dia tak kawen lagi ni haa.. dia okay je puuuunnn!!

Jadi, masa template tentang praktikum ni tersebar di whatsapp, aku pun terus tanya kawan-kawan sama ada diorang nak pergi tak. Bila dah bincang-bincang senang cerita hanya lima orang saja yang berminat nak pergi. Yang tak pergi tu bukan tak berminat. BERMINAT!!! mungkin ada kekangan masa atau masalah lain yang membuatkan diorang tak boleh nak join program ni. Jadi, tidak mengapalah. Ye dok! mana tahu, lepas ni banyak pula program dua benua yang akan dibuat. Insyaallah, ada rezeki kita join lah. Kan. Tak rugi pun pergi, banyak benda yang kita belajar.

Tapi... Bila kitorang dah start berkumpul dengan akak-akak dan abang-abang degree (ceh!) dan kami yang diploma ni hanya lima orang saja, jadi kami rasa awkward. macam.. "nak buat apa ni? nak buat apa ni?" haa macam tu. Tapi, kitorang try to adapt with situation, try to suit ourselves with that situation. lama-lama okay je. semua bagus!

so.. apa je yang berlaku sepanjang 5 hari kami berada di sana? I'll share with you yah! ini pun dah malam sangat, curi-curi masa sikit lah nak post entry before going to sleep. Relax kan minda, tenangkan jiwa. Esok ada test kot.


Ni masa di KLIA before fly to Indonesia. 

jadi, aku harap lah sesiapa yang tersinggah blog ni. stay still with my blog and always support me. Insyaallah if i've time i'll share with all of you what had happened while im in Indonesia with all my friends. 

Final exam pun nak dekat, banyak benda nak kena catch up. Jadinya, masa pun terhad nak tulis blog pun curi-curi masa je.