Nuffnang Ads

Friday 1 April 2016

Beberapa jam before exam Csc134

Assalamualaikum

Aku terasa dah lama sangat tak update blog ni. aku sangat merindui blog ku ini . adakah korang merindui aku juga? *ngaku jelah rindu* Oh kalau rindu boleh lah comment di kotak comment dibawah dan kalau rasa malu just buat anonymous je keh!

Well hello! Pengumuman semua semester kali ni adalah yang paling menyedihkan sebab aku terpaksa tinggal keseorangan di dalam bilik.
Adakah kerana roomate aku sangat membenci aku atau aku sangat membenci roomate aku sehingga beliau terpaksa dihalau tidur di pinggiran jalan?
oh no no !!

aku sememangnya tiada roomate sejak awal semester aku masuk. Sedih kan cerita aku. Dan tak sangka, nak masuk 3 bulan lebih juga aku tinggal seorang diri dalam bilik.

Awal-awal sem dulu, memang.. tidur buka lampu, pintu bilik aku buka. langsir aku buka sebab takut punya pasal. yela kat rumah pun aku tidur berteman lepas tu dah mai sini tidur sorang, kau rasa apa? Takut lah kan.. setiap malam ada je jin-jin yang menerpa dalam otak aku suh pikir macam-macam. Aku istighfar je . Tolonglah jauhkan dari benda-benda tak elok.

Bila suatu hari, kakak aku bersama kawan-kawannya tinggal bersama aku selama 3 hari. So. suatu saat tu dia kata.

"Bab, tidur memang buka pintu ke?"
"haah"
"Bahaya lah bab, kang ada curi ke apa. Lepasni tutup pintu."

Start dari situ, aku dah ada sedikit keberanian untuk tidur tutup pintu, tutup lampu, tapi langsir buka lah. Ada je kawan cakap, "bukan buka langsir lagi takut ke?" bagi aku.. buka langsir lagi tak seram sebab kalau ada apa-apa aku boleh terus buka tingkap jerit sekuat hati dari kau tutup langsir tiba-tiba sesuatu berlaku kau kena buka langsir lagi lepastu kena buka tingkap lagi. Haaaa kan dah dua kerja.

Masuk bulan ke dua tu aku dah start belajar berdikari, bangun awal pagi sendiri tanpa bantuan kawan-kawan. You think its easy? Susah tau. Hanya mengharapkan alarm, memang every hour aku pasang. pukul 3.00 , 4.00 , 5.00 , 6.00 .. bukan nak riak ke apa, tapi iyalah, Cuba mu pikiaq sikit. kalau aku set jam pukul 6 pagi tu semata, kalau aku tak bangun dan tak sedar bunyi jam tu mahu telajak subuh. Jangan ye anak-anak. Bangun subuh tau! Allah sayang.

So.. Langkah selamat aku pasang alarm dari pukul 3. At least kalau pukul 3 tu aku tak bangun pukul 4 tu terjaga juga walaupun aku dismiss terus! hahahaha tapi kalau alarm kali ke tiga tu tak bangun esok pagi aku selalu menyesal. menyesal sampai ke sudah tidak berguna kawan-kawan.

Tapi alhamdulillah. Semakin hari aku hidup sendirian, semakin aku terdidik untuk menjadi student yang berwawasan (puih) aamin lah weh.. Bila pasang alarm tu alhamdulillah bangun. cuba kita bayang, kalau kita bangun seawal 4 pagi dan kita tak tidur hingga ke subuh, banyak benda kita boleh buat. Aku rasa aku tak payah mention dekat sini sebab semua pembaca blog aku pintar lagi bijaksana.

Sebab itulah, kita ni perlukan satu proses yang dinamakan tarbiah untuk mendidik diri dan jiwa.

Ada orang tu.. dia bersyukur yang amat bila aku kata aku tak homesick dah! aku pun keliru patutnya aku yang bersyukur. Iyelah.. nanti dilabel "mengada" pula bila kata aku still homesick. Katanya umur makin meningkat, kena lah belajar berdikari.

Asal aku rasa entri kali ni macam panjang eh? Sebenarnya aku nak ajak korang berborak. Blog ni lah medium aku untuk berinteraksi. blog ni jugalah kawan aku sepanjang sem 2 ni.. huhu!

Esok aku ada final exam, paper ke tiga aku kena ambil, rasa beku otak nak belajar petang-petang macam ni kan. So korang-korang yang ambil exam esok goodluck okay. Belajar rajin-rajin, okay.

yang cakap "Tika" power tu. .. "awak" lagi power!!

Bai.

No comments: