Nuffnang Ads

Sunday, 10 April 2016

listen to your mother

assalamualaikum.  

"mak nak pergi kedai nak beli barang"- anak
"nak beli barang apa? dah malam ni tunggu esok je"-ibu
(ketika itu jam menunjukkan pukul 10 malam)
" alah..kalau pergi kedai esok tak sempat"-anak

terus si anak start motor dan meluncur laju ke kedai tanpa kebenaran si ibu.

semasa pulang dari kedai, seorang pakcik yang juga ketika itu sedang lalu dijalan yang sama tersedar akan seseorang. dia hairan lalu berhenti di tepi jalan.

"ya Allah! bangun dik bangun dik, sini pakcik papah".

rupanya, anak yang tidak mendengar kata ibunya tadi telah jatuh motor. disebabkan rumahnya berbukit maka si anak hampir tergolek ke satu gaung. habis pecah cermin sisi dan lampu belakang.

kawan-kawan. cerita yang aku kisahkan di atas ni adalah benar. kisah ni aku harap sagat dapat beri pangajaran serta dijadikan iktibar to all readers. aku bukan apa lah, korang cuba ingat balik siapa yang lahirkan kau? yang bawa kau ke hulur hilir dalam perut tu. bukan sekejap tau. kau ingat kau tu ringan ke. Ya Allah... sampai senak-senak tu nak bawak. (ceh! cakap macam berpengalam ye dak).

tapi yelah.nkita sebagai anak sepatutnya respect ibu kita. ayah pun sekali. ibu ni, kalau korang nak tahu mulut dorang masin. apa yang ibu kita cakap selalunya makbul, tanpa hijab.

sebab tu bila emak korang kata, JANGAN buat, JANGAN !! kalau emak korang kata BUAT! BUAT!

siapa lah kita nak lawan kata-kata seorang ibu yang banyak berjasa kepada kita. siapa kita? kita ni hanya insan yang kerdil, hanya insan yang asik "maaakk!! maakk!! sakit kepala lah. macam nak demam je". sedarlah. kita ni hanya insan yang asik asik mengadu. sakit sikit mengadu. dekat siapa ko mengadu? ibu korang juga, kan?

so.. i call everyone to respect and listen to your mother as long as their command not against shar'ie. please. doa mereka makbul. sebelum ko nak balik kolej tu. cium ah pipi kiri kanan. baru mangat nak dapat 4 flat.

No comments: