Sudah 3 hari Arwah abang Ijal, abang aku yang sulung juga anak sulung daripada 10 adik beradik telah kembali ke rahmatullah. Ya Allah, sungguh berita yang disampaikan amatlah mengejutkan.
Arwah meninggal pada waktu petang around 5.30 macam tu. Hari sabtu, pada hari tu aku ada paper komputer. Aku habis paper pukul 4.15. Aku tak tahu kenapa masa hari tu aku rasa naaakkk sangat balik. Tak sabar nak balik. tak sabar sangat. Niat aku untuk balik sebab kakak kawan aku kahwin, so bila aku balik aku nak rewang rumah dia. Since kitorang dah lama tak jumpa, jadi masa tu jelah pun aku dengan dia nak jumpa. Dan lagi sorang kawan aku, dia ni belajar kat johor sanggup balik sebab nak berjumpa. Jadinya beberapa minggu before wedding tu memang kitorang dah plan lah nak jumpa.
So, lepas aku habis paper. Aku terus rushing balik kolej untuk solat asar dan kemas barang apa yang patut untuk bawa balik rumah. Petang tu kakak aku baru balik dari beli hadiah untuk wedding kakak kawan aku tu, Kitorang jiran pun.
Sebelum kakak aku datang ambil aku, dia sempat jumpa abang ijal (abang aku yang meninggal). Abang aku kerja mekanik. After kakak aku ambil aku, kitorang terus balik rumah. Sampai rumah dalam pukul 5.30 juga. Dah balik tu aku tolong kakak-kakak aku balut hadiah. Masa tu, around 6 macam tu. Mak aku asik cakap "Kemas-kemas rumah nya, nanti ada orang datang nak tumpang solat"
Berulang-ulang. Sebab, jiran kawan aku ni, pakcik dia tu ada ikatan saudara dengan mak aku. Kira ada lah bau-bau bacang.
Lepastu, adik aku lah kemas-kemas ruang tamu semua sebab aku busy tolong balut hadiah kan. Tiba-tiba tengah balut-balut hadih tu, adik aku terus cakap..
"Weh.. IJAN meninggal"..
Lepastu kitorang pun diam jelah sebab IJAN tu kawan abang aku yang meninggal tu. Kitorang ada group THE SIBLINGS. Group ni memang untuk kitorang 10 adik beradik, kau nak kecoh nak memekak ke apa memang kat group tu jelah. Memang bising yang amat ah lagi lagi waktu malam, Group tu kalau tak kecoh aku rasa memang tak sah.
Dalam dalam group "The Siblings" tu, abang arol (abang aku yang second) . Dia lah yang cakap Ijan tak ada. Lepas 1 minit macam tu, telefon kakak aku berbunyi, means ada call masuk. Bila kakak aku angkat, kakak aku kata "HA ??" .. Kitorang semua pandang kakak aku. lepastu kakak aku kata "OKAY OKAY AKU DATANG"
Pastu kitorang tanya lah kenapa. kakak dayu (kakak yang angkat call tu) dia kata abang ijal accident, 50:50 Memang waktu tu darah aku turun naik tak bernafas. Abah yang dalam bilik terus keluar bilik, Memang dengan aku aku yang tak mandi terus pergi tempat kejadian.
Masa dalam perjalanan tu, kakak aku kata nak isi minyak dulu sebab minyak tinggal sikit. Masa perjalanan nak ke tempat kejadian, dalam lagi what'sapp abang arol kata "orang nye dah takde".. Kitorang terkejut gila lah kan. Dalam fikiran aku, orang nye takde tu sebab abang aku accident tu dihantar ke hospital ke. Beberapa saat lepastu, abang aku yang second call. Mak aku yang angkat phone. Dia kata:
"Mak, ijal dah meninggal"
Waktu tu,,, Ya Allah.. Hanya Allah sahaja yang tahu betapa perit untuk menerima takdir seperti ini. Tambah-tambah mak aku. Masa abang aku cakap macam tu, mak aku pandang aku sambil pukul-pukul dada
"Ya Allah... Ijal dah takde. Ijaaaallll macam mana bawa kereta sampai accident".
Memang meleleh air mata lah, lagi-lagi sebagai ibu yang melahirkan anaknya. Terus call abah kat rumah cakap abang ijal dah takde, Mak aku meeenangisss, semua adik beradik menangis. Siapa tak sedih kan, abang sendiri dah pergi.
Masa dekat traffic light tu, mak aku cakap dekat kakak aku yang drive, mak aku kata patah balik rumah, mak dah tak sanggup nak tengok abang ijal. So, kitorang pun balik rumah dan kemas apa yang patut.
Ya Allah.. Rupanya ada hikmah mak suruh kemas-kemas rumah. Rupanya, tetamu yang mulia mahu pulang. Abang Ijal rupanya nak balik ke rumah. Abang Ijal lah tetamu teristimewa tu. Ya Allah,,,,
Masa maghrib tu, abah aku dah solat semua terus dia rushing ke Hospital Sungai Buloh dengan dayu untuk tengok abang ijal. Masa tu, abang ijal di bawa ke unit forensik. Abah dan dayu yang bawa dia ke dalam, Terus abah cium abang ijal, dah tak kisah abang ijal tu berdarah macam mana, abah cium.. cium.. Kakak aku buat apa yang perlu pada arwah abang.
Malam tu after isyak, aku dan sikin terus pergi ke Hospital. Masa tu arwah abang kena posmoterm. Lama..3 jam.. Lepastu aku dapat berita.. Subhanallah, sungguh mulia hati mu abang..
Arwah abang masa dekat universiti ke sekolah (i forgot) .. abang ijal pernah sign untuk Derma Organ. Masa tu tunggu lama rupanya abang ijal sedang dibedah. Paling aku tak tahan bila aku dapat tahu dia derma selurug organ dia. Subhanallah Allahuakbar abang ijaaalll.. (MOGA ENGKAU TERGOLONG DALAM KALANGAN ORANG BERIMAN DAN BERAMAL SOLEH)
So, masa last jenazah dimandikan tu, aku dan kakak-kakak aku masuk untuk siram arwah, Abah aku suruh juga masuk, Subhanallah. Terpancar cahaya pada kaki abang ijal. Subhanallah Allahuakbar. (masa tu dari kepala sehingga ke lutut ditutup) hanya nampak betis hingga kaki. Bercahaya.... bercahaya awaaakkk subhanallah.
Lepatu kami semua keluar, kecuali abah dan kawan-kawan abang yang tolong uruskan jenazah. Beberapa minit lepastu, abah keluar untuk panggil aku, sikin dan dayu masuk untuk tengok arwah abang dikafankan. Dayu tak masuk, dia duduk luar, Cuma aku dan sikin yang masuk,
Aku masuk dan terus berdiri betul-betul sebelah kepala arwah abangg ijal. Aku tenung dalam mata abang aku. Mata arwah abang ijal tak didermakan sebab dah rosak. Subhanallah, rupa yang sangat tenang. Tenang setenang tenangnyaa... Seperti rupa masa abang ijal tidur. Aku dan kakak aku cuma tengok abah,ustaz dan kawan-kawan arwah abang kafankan. Aku dan sikin hanya berdiri melihat.
Sebelum arwah abang ijal dimandikan, aku dan kakak-kakak aku disuruh masuk. Abah yang suruh. Aku masuk ke bilik jenazah untuk tengok arwah abang. Aku terus berdiri di sebelah kepala abanh ijal, Rapat- aku tenung muka arwah, tenung dalam. Allahu.. Sungguh Allah sangat menyayangi abang. Dahi arwah berpeluh, mata arwah keluar air mata. Allahu... Allah...
Lepas habis kafan tu, abah tanya kat aku. Nak cium abang tak? Aku diam.. Pastu aku cakap, nantilah dekat rumah.
Semasa perjalanan pulang ke rumah, Allahu,, Allahuakbar, Sungguh Allah tu sangaaatt menyayangi abang. Apa yang berlaku, setiap van jenazah lalu saja di traffic light yang berwarna merah, terus lampu isyarat bertukar jadi hijau. Memang Allah mudahkan sangat perjalanan kami.
Tiba di rumah, semua dah tungguh. Masa tu dalam pukul 1 pagi lebih, Abah memang minta supaya pebebumian jenazah dibuat pada pagi tu juga, abah tak nak tunggu lama sampai esok pagi. Apabila jenazah dibaringkan, satu persatu adik beradik cium arwah. Giliran aku cium, aku cium dahi abang. Lama-- lepastu aku cium pipi abang, Lama-- Dalam hati aku berselawat dan berdoa. Terasa sejuk muka abang, sejuk sesejuk sejuknya, tenang setenang tenangnya. Sangat tenang ya Allah.. Tenang sangat. Bau haruman pada muka abang sungguh wangi.
Aku, mak kakak-kakak makcik-makcik sedara mara turut bersama solat jenazah.
Kami terus ke tempat pengebumian. Allahuakbar ya Allah.. Sungguh, sungguh ya Allah engkau amat menyayangi arwah abang. Ramaaaiii seramai nya orang dah tunggu di kubur menanti tetamu teristimewa. Abang dikebumikan around 2 pagi macam tu. Ramai yang bersama-sama tolong uruskan jenazah, Sungguh Allah permudahkan urusan abang dari awal sehingga akhir.
Abang Ijal.. Selama 34 tahun abang ijal hidup dimuka bumi ini. Allah pinjamkan sekejap untuk engkau berbakti, menolong ahli keluarga masa susah dan senang. Terlampau banyak jasa abang ijal pada kami semua terutama mak abah. Kalau ada problem apa-apa semua "Abang ijaaal..." kalau dekat universiti pun kalau tak cukup duit mesti whats'app "abang ijal". apa-apa mesti abang ijal. Tapi, Sikit pun dia tak pernah mengeluh, TAK PERNAH. LANGSUNG.
Rupanya, ada hikmah abang ijal masih tidak berkahwin. Rupanya, BIDADARI SYURGA SEDANG MENUNGGU ABANG IJAL DI SYURGA SANA. (AL-FATIHAH)
abang ijal yang berdiri sebelah aku, yang hujung sekali tu.
No comments:
Post a Comment