Nuffnang Ads

Showing posts with label Malaysia. Show all posts
Showing posts with label Malaysia. Show all posts

Sunday, 21 December 2014

MAHA 2014


Assalamualaikum

Siapa pernah pergi MAHA 2014 ? aku tau pasti ramai yang mengangkat tangan, mengangkat kaki, mengangkat segala apa yang mahu diangkat kerana mengiakan persoalan ni. 

Well~ aku ni orang kata kuno. MAHA pun aku tak tahu bila first time dengar. "Apa, MAHA?? Apa tu". Sampaikan satu masa kakak aku pergi sana bersama memacik di kampung menaiki bas. Rombongan cik kiah gitu lah. And I was like .... kakak kata kat sana besar, banyak. Apa yang banyak aku pun tak tahu sehingga suatu hari, this year lah ternampak dekat newspaper about MAHA 2014.

The news really make me want to know apa kot sebenarnya MAHA ni. dekat situ dia siap tunjuk peta. Besar sangat tempat dia, dan sehinggalah kaki ku menjejakkan sana for the first time. Ghupenye dekat sana ada section dia. Ada rumah negeri, ada pertanian, ternakan and many more. Barulah tau! Jakun sikit bila sampai tapi buat muka selamba supaya paras rupa tu... biasa-biasa sudahlah wahaa. 



Aku nak tau pegang Lembu ni, tapi tak berjaya. Ya Allah, besar sangat. Bila dekat macam nak kena makan tahu tak. Pasni ajak abah mai sini tengok lembu, al maklum.. dulu2 abah saya ternak lembu. Ada lah experience bagi lembu makan pucuk ubi. (kenangan kekecik terimbau kembali)


Abende tah ni. transformers!


Anak patung ni sangat comel keh,,,,, dia siap letak kayu kekecik kat tempat duduk supaya orang awam tak duduk atas tu untuk bergambar. And ya.. im so sad!



Apa ye ni? Yang aku ingat aku tangkap dari jauh dan terus berjalan tanpa menghiraukan apa benda tu. Ini satu kesilapan ye adik adik apabila kita menjelajah menimba ilmu. Lepasni kita ubah . Promise..





Ha.. yang ni the best part lah for sure sebab dapat tengok kucing yang gegebu kalau peluk memang sedap. Tapi apakan daya, kucing aku Si Gemok memand tak suka dipeluk. Aku sekarang tak kawan ngan Si Gemok tu, menci lah asik kena cakar je! 






Memang tak explore semua tempat, Besar sangat! 



Kami sudah sampai di sarawak, Anda bila lagi ??




Friday, 17 May 2013

Jalan-jalan beli buku

Assalamualaikum

Apa khabar semuaaa ? ya saya di sini sihat Alhamdulillah.Harap pembaca blog ni pun sihat sentiasa inshaallah.*Ada ka orang nak baca blog aku * (-__-+)

Seperti yang dijanjikan, (aku lah janji ngan kakak aku nak tulis blog sebab long time ah tak tulis entry) aku nak tulis pasal beli buku hari tu kak PWTC.Last day for pesta buku sebab apa? ha ai habaq la esok nya 5mei ada PRU13.Cuba bayangkana bila pesta buku di buat masa 5mei tu sah la tak ramai orang I mean semua orang sibuk lah kan nak undi undi.Herrrghhhhh !!

Moving on...

Buat kali ke3 aku pergi ke Putra dan sebenarnya nak try juga pergi lebih jauh sendiri,belajar naik KTM sendiri naik bas sendiri.Biar sesat asal selamat ! Phone mesti ada ye untuk keselamatan and make sure kredit adalah.Kalau takdok acano nak call or text orang.

Aku beli satu buku je,Hahahaha !! memang 2 hari sebelum pergi sana dah plain awal2 nak beli buku heliza helmi tu macam best kan.Alhamdulillah aku dapat juga beli.Ini semua berkat doa semua orang yang mendoakan aku :-) semua nya lancar syukur.



 Annoying nya text aku 'Tapi takpe lah kan janji kak ija inform lah that she will come' dapat lah beli buku tu.Halaahhhh kalau takde kak ija still boleh beli kan buku tu *ngengade*


 Kak Heliza kata *tulis lah yang paling tepat* " Jika kita ada Allah kita ada segala galanya "

Haiihhhh !! penat berjalan kan,relax2 sekejap.Syamila sangat lawak tau.hahahaha kitorang self-cam depan public.Haih buat muka tak malu saja lah,sama sama perempuan,mahram dan kami memang macam tu.


Nak tahu : Al-kisah waktu adik nana tangkap kan gambar kitorang,Orang lalu lalang pandang je.Haihhh nak 
join sekaki maih la.malu le tewww .

     
Tunggu turn nak ditanggalkan plastik buku xD

  
   Rendah nya aku !

Alololo Ika,Syamila,Teaaahhhh !!

Perlu makan apa nak tinggi macam kak Yat? ? 
Please drop your comment down below :-)

Thank You For Reading This Enty !