Nuffnang Ads

Showing posts with label Bulan islam. Show all posts
Showing posts with label Bulan islam. Show all posts

Friday, 31 January 2014

Sambutan Maulidur Rasul

Bismillahirahmanirahim...
 Assalamualaikum wbt . Salam Jumuah uolss. Sempena Maulidur Rasul yang baru berlalu ini saya ingin berkongsi sebuah cerita. ecewahhh.

Disebabkan tahun ni tahun last sebagai pelajar sekolah menengah , kami pun excited bah kalau masuk pertandingan yang diadakan. So, dipeluang ini kitorang pun nak lah juga masuk pertandingan, at the same time boleh lah jadikan kenangan kan?

Memang banyak lah pertandingan yang diadakan antaranya, buat kain tentang,kuiz ... and bla bla. Nak kata nya hampir 100 kuiz juga terjual, tapi ada yang tiada rezeki.ada yang tak menang. Tak mengapalah lain tahun boleh cuba lagi,mungkin ustazah akan baut pertandingan yang lagi best.. so ......

Serious lah memang susah nak cari pemenang sebab slogan semua mantop mantop belako! Yang paling challenge nya bukan ustazah yang uruskan, tapi farihin.... as penolong naqibah. apa pun good job, dia dah buat yang paling terbaik. I give her highest mark!

sepatutnya kain rentang tu kena hantar rabu.. tapi disebabkan... well well . form5 kan agak sibuk sikit. Jadi kitorang ni diberi peluang untuk hantar hari isnin ni. Hahahaha terasa bangga sikit kan.


Pasa mulanya, memang excited sangat nak buat kain rentang ni.. search google tengok orang itu ini buat macam mana. Dah pertengahan tu... kami semua rasa macam nak "angkat bendera".. atau di panggil fed up lah.. iyelah cuba bayangkan dari pukul 9a.m ..... around 4p.m macam tu baru siap. Tapi akhir sekali alhamdulillah.. siap juga,dengan kerjasama bersama.

"Bersatu Teguh".. siapa tengok be careful with my heart? inikan trademark diorang =D




P/s: maaf kan saya kawan-kawan jika anda semua marah disebabkan saya letak gambar ni..Apa boleh buat,gambar ni je yang boleh menggambarkan kita semua sedang berusaha nak siapkan banner.




#Postby Farihin&atikahisa



Monday, 12 August 2013

Anugerah Syawal

Anugerah Syawal ...
Seindah Ramadan ...

 feeling lagu raya sebelum taip entry

Sebenarnya aku ada banyak sangat cerita nak habaq kat sumaaa. tapi tak tau nak start daghi mana naa.

Nak menaip pun dok pikiaq pi mai tang tu sana sini,lah lah aku tulis jela apo ada dalam otak ambo .

Poyo bahasa apa aku guna ni , untuk pengetahuan umum saya anak jawa a ...




Apa ni tak ready lagi you dah tangkap the picture .

Macam biasa baju from First lady
Tudung random beli tepi jalan
kasut 10 hengget je

 raya pertama kat rumah nenek,Tapi sebelum raya tidur rumah embah dulu.

Nenek untuk belah bapak . Embah untuk belah mak .

baju coklat anak buah aku. yang dengan aku tu memang suka berdrama . yang sana tu ' Minta Maaf ' boleh jalan . haha .


kakak kakak saya . yang tepi pakai baju pink tu adik.

kalau orang datang beraya dorang akan cakap aku adik , yang pakai baju pink tu kakak.

heiii awet muda sangat ke muka aku ni [ wakakakaka ]


Jom Kutip duit raya ............. Lai lai lai lai .................

lebih bertambah ahli keluarag atau saudara mara beraya bersama , lebih meriah suasana hari raya .
Hipotesis diterima . (2 markah)

Tuesday, 6 August 2013

Wish through writing [ selamat hari raya ]


Assalamualaikum.

[ sebelum balik kg. siap2 aku tulis entry ni special untuk kawan2 yang baik hati wakaka ]

What is ' 'idul fithri ' ? it is mean ' kembali kepada fitrah '
My mudarris always says ' Bila hari raya kita seperti bayi yang baru lahir '.

We are not celebrating the end of Ramadan - no Muslim would want Ramadan to end. We are celebrating the completion of Ramadan - feeling grateful that Allah has given us the opportunity to experience Ramadan and allowing us to complete our fast.

I don't know how to say 'Selamat hari raya and minta maaf ' to all my friends at the same time.
And alhamdulillah , through this blog i can write everything i want and they all can read this again and again and again untill debooobb .. pengsan ..

So .. freinds ! Happy eid mubarak yow . Just remember , homework kita belambak angat hokey . 
Tapi ! raya pertama kena happy happy homework letak tepi dulu.

Ingat tak ustazah kata ' raya pertama enjoy dulu '..
Raya ke dua terus puasa 6 and focus to our modul :'D :'D [ gelak sambil nanes ]







 
 
 


Selamat hari raya maaf zahir dan batin . Semoga amalan yang kita lakukan di bulan ramadan tidak berhenti di bulan itu tetapi berterusan . inshaallah :')
maaf kalau tersalah kata , tersilap bicara andai terguris hati . Minta diampun . Kita kan kawan :D

ingat , raya raya juga .. yang dah tade sedekahkan al-fatihah atau yasin
Orang di kubur menangis apabaila mendengar takbir berkumandang
kerana bila ramadan azab dihentikan , mereka direhatkan
Selesai ramadan azab itu diteruskan semula

Uolsss super cute ! 

Saturday, 27 July 2013

Erti Sebuah Ramadhan - Wardina Safiyyah

                           
Assalamualaikum

Today i want to share a video ' Erti sebuah ramadan ' ..
Everyday we make a mistakes .
Sometime we just know to blame someone .. '' eii kau ni bla bla bla ''
Tanpa sedar kita juga pernah buat benda yang sama
Dear, people can't escape from commit a sin
I also do the same thing,as human being, as a 'abdu (hamba) of Allah





                         


  
 If i do wrong , please teach me the right way :)

Sunday, 14 July 2013

| sahur | Imsak |

Assalamualaikum

Buat kali pertamanya diri ni digagahkan supaya tak tisur after sahur.
Alhamdulillah I DID IT ! syukur Ya Allah.

Sekarang kat tempat aku,i mean kat masjid sedang kedengaran orang mengaji menggunakan keset.
I love this situation,before this takde pun ngaji2 ni.Since 2 years ago baru start pasang.
MUMTAZ ! antara benefit dia

1-  Boleh buat persiapan awal sebelum nak pergi sekolah
2- Haaa biar orang yang tidur tu terkejut awal,prepare nak solat subuh
3- Pahala dapat [ tambahan ini bulan yang penuh barakah ] sekali kita buat kebaikan,berganda pahala kita         dapat Insyaallah :)

Kenapa entry kali ini | sahur | Imsak | ?
Sebab, lepas sahur kan akan datang Imsak.tak gitu.

Lepas ni kena siap siap nak pergi sekolah,lepas tu ada perhimpunan rasmi [ nice ]

Doakan kecemerlangan kami :)
PUBLISH ....
SORRY! IMAGE HAS BEEN REMOVED

Friday, 12 July 2013

Ramadan kareem

Assalamualaikum 

Alhamamdulillah ini dah masuk ramadan yang ketiga,kita masih diberi kesempatan untuk menyempurnakan rukun islam yang 3.Mestilah gembira uolls . Dalam gembira ingat juga our brothers and sisters in Gaza,Syria.Keep them in our prayers,Insyaallah.

dalam hati memang teringin nak pergi bumi Palestine sana,sape tak teringin jah.
Tapi nak pergi bumi Palestine ni bukan mudah tau.Ada procedure dia kalau nak pergi sana.No terjah terjah.

Ustazah aku ni dia punya bahasa arab dia memang gempak.
Dan dan aku memang suka orang cakap arab,so i train myself to talk in arabic to my freind,family,teacher but ........ (malu).
Takpe !! akan ku cuba suatu hari nanti,dan bahasa arab akan menyinar dalam keluarga ku. harharhar.

kalau nak terjemahkan bahasa arab one by one,subhanallah.Indahnya ! Betul tak tipu.lagi satu nak terjemah arabic ni satu satu memang payah.Padahal one word je tapi kalau translate to Malay hamboiiii . Pengsan kau kak step.Ye,bahasa Arab ialah bahasa yang sangat INDAH.

Tapi sudah menjadi kebiasaan orang arab,apabila someone berkata : 'Ramadan Kareem'
maka mereka akan jawab : 'Allahu Akram'






Syukron !

Thursday, 25 October 2012

History of 'Aidil Adha'




Cerita Bersejarah tentang Nabi Ibrahim dan Ismail
Sewaktu Nabi Ismail mencapai usia remajanya Nabi Ibrahim a.s. mendapat mimpi bahwa ia harus menyembelih Ismail puteranya. Dan mimpi seorang nabi adalah salah satu dari cara-cara turunnya wahyu Allah , maka perintah yang diterimanya dalam mimpi itu harus dilaksanakan oleh Nabi Ibrahim. Ia duduk sejurus termenung memikirkan ujian yang maha berat yang
 ia hadapi. Sebagai seorang ayah yang dikurniai seorang putera yang sejak puluhan tahun diharap-harapkan dan didambakan ,seorang putera yang telah mencapai usia di mana jasa-jasanya sudah dapat dimanfaatkan oleh si ayah , seorang putera yang diharapkan menjadi pewarisnya dan penyampung kelangsungan keturunannya, tiba-tiba harus dijadikan qurban dan harus direnggut nyawa oelh tangan si ayah sendiri.

Namun ia sebagai seorang Nabi, pesuruh Allah dan pembawa agama yang seharusnya menjadi contoh dan teladan bagi para pengikutnya dalam bertaat kepada Allah ,menjalankan segala perintah-Nya dan menempatkan cintanya kepada Allah di atas cintanya kepada anak, isteri, harta benda dan lain-lain. Ia harus melaksanakan perintah Allah yang diwahyukan melalui mimpinya, apa pun yang akan terjadi sebagai akibat pelaksanaan perintah itu.
Sungguh amat berat ujian yang dihadapi oleh Nabi Ibrahim, namun sesuai dengan firman Allah yang bermaksud:" Allah lebih mengetahui di mana dan kepada siapa Dia mengamanatkan risalahnya." Nabi Ibrahim tidak membuang masa lagi, berazam {niat} tetap akan menyembelih Nabi Ismail puteranya sebagai qurban sesuai dengan perintah Allah yang telah diterimanya.Dan berangkatlah serta merta Nabi Ibrahim menuju ke Makkah untuk menemui dan menyampaikan kepada puteranya apa yang Allah perintahkan.

Nabi Ismail sebagai anak yang soleh yang sgt taat kepada Allah dan bakti kepada orang tuanya, ketika diberitahu oleh ayahnya maksud kedatangannya kali ini tanpa ragu-ragu dan berfikir panjang berkata kepada ayahnya:" Wahai ayahku! Laksanakanlah apa yang telah diperintahkan oleh Allah kepadamu. Engkau akan menemuiku insya-Allah sebagai seorang yang sabar dan patuh kepada perintah. Aku hanya meminta dalam melaksanakan perintah Allah itu , agar ayah mengikatku kuat-kuat supaya aku tidak banyak bergerak sehingga menyusahkan ayah, kedua agar menanggalkan pakaianku supaya tidak terkena darah yang akan menyebabkan berkurangnya pahalaku dan terharunya ibuku bila melihatnya, ketiga tajamkanlah parangmu dan percepatkanlah perlaksanaan penyembelihan agar menringankan penderitaan dan rasa pedihku, keempat dan yang terakhir sampaikanlah salamku kepada ibuku berikanlah kepadanya pakaian ku ini untuk menjadi penghiburnya dalam kesedihan dan tanda mata serta kenang-kenangan baginya dari putera tunggalnya."Kemudian dipeluknyalah Ismail dan dicium pipinya oleh Nabi Ibrahim seraya berkata:" Bahagialah aku mempunyai seorang putera yang taat kepada Allah, bakti kepada orang tua yang dengan ikhlas hati menyerahkan dirinya untuk melaksanakan perintah Allah."

Saat penyembelihan yang mengerikan telah tiba. Diikatlah kedua tangan dan kaki Ismail, dibaringkanlah ia di atas lantai, lalu diambillah parang tajam yang sudah tersedia dan sambil memegang parang di tangannya, kedua mata nabi Ibrahim yang tergenang air berpindah memandang dari wajah puteranya ke parang yang mengilap di tangannya, seakan-akan pada masa itu hati beliau menjadi tempat pertarungan antara perasaan seorang ayah di satu pihak dan kewajiban seorang rasul di satu pihak yang lain. Pada akhirnya dengan memejamkan matanya, parang diletakkan pada leher Nabi Ismail dan penyembelihan di lakukan . Akan tetapi apa daya, parang yang sudah demikian tajamnya itu ternyata menjadi tumpul dileher Nabi Ismail dan tidak dapat berfungsi sebagaimana mestinya dan sebagaimana diharapkan.

Kejadian tersebut merupakan suatu mukjizat dari Allah yang menegaskan bahwa perintah pergorbanan Ismail itu hanya suatu ujian bagi Nabi Ibrahim dan Nabi Ismail sampai sejauh mana cinta dan taat mereka kepada Allah. Ternyata keduanya telah lulus dalam ujian yang sangat berat itu. Nabi Ibrahim telah menunjukkan kesetiaan yang tulus dengan pergorbanan puteranya. untuk berbakti melaksanakan perintah Allah sedangkan Nabi Ismail tidak sedikit pun ragu atau bimbang dalam memperagakan kebaktiannya kepada Allah dan kepada orang tuanya dengan menyerahkan jiwa raganya untuk dikorbankan, sampai-sampai terjadi seketika merasa bahwa parang itu tidak lut memotong lehernya, berkatalah ia kepada ayahnya:" Wahai ayahku! Rupa-rupanya engkau tidak sampai hati memotong leherku karena melihat wajahku, cubalah telangkupkan aku dan laksanakanlah tugasmu tanpa melihat wajahku."Akan tetapi parang itu tetap tidak berdaya mengeluarkan setitik darah pun dari daging Ismail walau ia telah ditelangkupkan dan dicuba memotong lehernya dari belakang.

Dalam keadaan bingung dan sedih hati, karena gagal dalam usahanya menyembelih puteranya, datanglah kepada Nabi Ibrahim wahyu Allah dengan firmannya:" Wahai Ibrahim! Engkau telah berhasil melaksanakan mimpimu, demikianlah Kami akan membalas orang-orang yang berbuat kebajikkan ."Kemudian sebagai tebusan ganti nyawa Ismail telah diselamatkan itu, Allah memerintahkan Nabi Ibrahim menyembelih seekor kambing yang telah tersedia di sampingnya dan segera dipotong leher kambing itu oleh beliau dengan parang yang tumpul di leher puteranya Ismail itu. Dan inilah asal permulaan sunnah berqurban yang dilakukan oleh umat Islam pada tiap hari raya Aidiladha di seluruh pelosok dunia.

Tuesday, 21 August 2012

HAPPY EID MUBARAK ☺☻

ASSALAMUALAIKUM TO ALL MUSLIMIN AND MUSLIMAT .noktah.

How's life? i'm well here . Firstly Happy Eid Mubarak  uols ._. Love you
Raya tahun ni. Alhamdulillah best lah juga,tapi sederhana jaaaa . Granny I miss Youuuu ..
 
                                                           
                                                      OUR RELATIONSHIP


          ABANG IPAR,KAKAK,ADIK,ANAK BUAH . BUAH RAMBUTAN .. eh? salaaaaah :D
SORRY
                                                     
                                                              AT AUNTIE'S HOME
SORRY


WE ARE YOUNG :P



SORRY
GAMBAR HIASAN .noktah. 

SORRY
My Sys. 20 tahun . Percaye tak,tak percaye? Kfine : p

SORRY

TAK LUPA SELAMAT HARI RAYA - MARYAM . SHAFIQA . AINA SAUFI . DIYANA . HANIS . IFFAH . ULFA . FARHANA . SYAMILA . AMIRA ZEN . ABE NUBHAN. ALIF . ZAREF . IDHAM . KHALI . CIKGU RUBIAH . CIKGU DILA . TEACHER ROHANA . TEACHER ATUL . TEACHER ALWIYAH .USTAZ DIN . USTAZ AZMI . USTAZ WAHAB . WAK JAGA PINTU SEKOLAH .

Sincerely : NOORULDEBISA.BLOGSPOT.COM