Di sudut pasar terdapat seorang yahudi buta Mekah yang setiap hari nya selalu berkata kepada setiap orang yang mendekatinya tentang keburukan Rasulullah.
Namun setiap pagi Rasulullah sentiasa mendatangi yahudi Mekah itu dengan membawa bubur untuk disuapkan kepada nya, tanpa mengucap sepatah kata pun Rasulullah menyuapai yahudi itu walhal dia tidak mengetahui itu adalah baginda Rasulullah S.A.W. Rasulullah melakukan hal seperti ini sehingga baginda wafat.
Setelah baginda wafat, Abu Bakar mendatanggi rumah baginda Rasulullah dan beritahu kepada Aisyah RA dan bertanya : "Apakah kebiasaan kekasihku yang belum aku kerjakan?"
Kemuadian Aisyah RA menjawab : "Engkau ahli sunnah dan tiada hampir satu pun engkau tinggalkan kecuali satu, membawakan makanan untuk yahudi buta Mekah di pasar."
Keesokan hari nya Abu bakar mendatangi yahudi itu dengan membawa makanan untuk disuapkan padanya.
Kemudian yahudi itu berkata : Siapa kamu?
Abu bakar menjawab : Aku orang biasa yang mendatangi mu
Yahudi itu berkata : Tidak engkau bukan orang biasa yang mendatangiku. Selalu nya makanan yang akan disuapkan terlebih dahulu dihaluskan makanannya.
Abu Bakar tidak menahan tangisannya lalu menangis dan berkata
" Sesungguhnya orang yang selalu mendatangimu dan manyuapkan mu itu adalah Baginda Rasulullah S.A.W "
Ketika itu juga Yahudi buta Mekah itu mengucapkan dua kalimah syahadah.
[ dakwah bukan sahaja melalui percakapan tetapi perbuatan juga dapat dijadikan satu perbuatan dakwah ]
No comments:
Post a Comment