Nuffnang Ads

Saturday, 12 October 2013

Allah watchin' us up there

Assalamualaikum



Pernah kita terfikir mengapa aku masih diberi kesempatan
Untuk hidup di muka bumi ini
Pernah terfikir kenapa Allah masih hidupkan aku di muka bumi ini
Sedangkan diri dibelenggu dosa yang tak pernah berhenti

Kadangkala solat dilambatkan, cakap mak diabaikan
Kita lalai bahawa Di atas sana melihat kita
Melihat setiap inci perlakuan yang kita lakukan
Tetapi kita asyik dengan duniawi yang melalaikan ini
Dengan nikmat yang sementara ini

Ketika ditimpa kesusahan, kepayahan
Dipinggir oleh keluarga dan rakan
Ketika itu baru sibuk mencari pertolongan Allah
Ketika itu baru kita sedar bahawa Allah sentiasa bersama kita
Di waktu senang mahupun susah

Allah bantu kita dalam mencapai kejayaan dan kebahagiaan
Tetapi kita leka dengan keseronokan yang di beri
Lupa untuk mengucap syukur kepada Allah
Lupa mnegucap " Alhamdulillah " yang ganjaran nya tidak ternilai

Allahuakbar, Ampuni kami. Bantu kami ketika susah mahupun senang
Sungguh daripada Mu kami di sini dan kepada Mu kami dikembalikan

2 comments:

Sally Samsaiman said...

semoga kita tak hanya ingat Allah masa susah... :')

Atikah Isa said...

Inshaallah . moga2 kita tak tergolong dlm golongan yang zalim