Nuffnang Ads

Tuesday, 1 March 2016

Seminar Muamalat Nusantara & Pra Praktikum Luar Negara

Masyaallah sangat. Tajuk post tu await panjang naa kan. Tapi tak pa. aku pun tak ingat sangat nama program ni apa, tapi rasa nye betul dah tu nama program dia sebab aku tengok dekat banner program hihi.

Makanya, program anjuran UITM acis ni sebenarnya berlangsung di Indonesia selama 5 hari. Firstly, this program just for degree's student, after discussion between degree's students and prof mereka pun buka program ni untuk pelajar diploma.(lebih kurang begitu lah ceritanya,kot) Jadinya, rasa macam "eh.. nak join lah program ni. Macam best lah". Makanya, aku pun segera whats'app abang aku dan bodek dia untuk support aku pergi sana. Hahaha. Adik yang baik memang begini. jadinya, duit untuk tiket, passport, belanja shopping semua abang aku yang support. aku cuma duduk minum cool blog duit sampai, (Astaghfirullah). Okay lah, tak lah. aku kan student lagi mana ada duit, pau pau lah abang sikit sementara dia tak kawen lagi ni haa.. dia okay je puuuunnn!!

Jadi, masa template tentang praktikum ni tersebar di whatsapp, aku pun terus tanya kawan-kawan sama ada diorang nak pergi tak. Bila dah bincang-bincang senang cerita hanya lima orang saja yang berminat nak pergi. Yang tak pergi tu bukan tak berminat. BERMINAT!!! mungkin ada kekangan masa atau masalah lain yang membuatkan diorang tak boleh nak join program ni. Jadi, tidak mengapalah. Ye dok! mana tahu, lepas ni banyak pula program dua benua yang akan dibuat. Insyaallah, ada rezeki kita join lah. Kan. Tak rugi pun pergi, banyak benda yang kita belajar.

Tapi... Bila kitorang dah start berkumpul dengan akak-akak dan abang-abang degree (ceh!) dan kami yang diploma ni hanya lima orang saja, jadi kami rasa awkward. macam.. "nak buat apa ni? nak buat apa ni?" haa macam tu. Tapi, kitorang try to adapt with situation, try to suit ourselves with that situation. lama-lama okay je. semua bagus!

so.. apa je yang berlaku sepanjang 5 hari kami berada di sana? I'll share with you yah! ini pun dah malam sangat, curi-curi masa sikit lah nak post entry before going to sleep. Relax kan minda, tenangkan jiwa. Esok ada test kot.


Ni masa di KLIA before fly to Indonesia. 

jadi, aku harap lah sesiapa yang tersinggah blog ni. stay still with my blog and always support me. Insyaallah if i've time i'll share with all of you what had happened while im in Indonesia with all my friends. 

Final exam pun nak dekat, banyak benda nak kena catch up. Jadinya, masa pun terhad nak tulis blog pun curi-curi masa je. 

Tuesday, 2 February 2016

Space

Assalamualaikum

Perasan tak dunia ni makin lama makin sempit je.  Maksudnya, masa makin cepat, pembangunan makin pesat makin banyak pula masalah yang timbul. Makin orang pandai makin banyak pula penyelewengan dalam sesuatu ilmu. apa lagi? Haih! Ekonomi makin pesat tapi still juga banyak perkara-perkara yang membawa kepada arah yang terpesong. Kadang aku terfikir. Adakah kurangnya keberkatan ?

Cuba kita nilai negara Brunei. Bukan nak bandingkan antara negara kita (MALAYSIA) dengan negara luar, tapi kita boleh jadikan sebagai iktibar dan panduan dalam menjalani kehidupan.

Negara Brunei ni kecil. Betul.. Brunei ni kecil je kalau kau nak bandingkan dengan Indonesia dengan Thailand. Tapi, ekonomi mereka ni maju. Pendapatan negara jangan dipertikai lah. Melimpah-limpah. Sebab apa. Aku rasa satu sebab yang paling wajar dan masuk akal lah kalau aku cakap.

answer : Berkat.

Sebab itu, keberkatan ni merupakan satu rahmat daripada Allah swt yang tak tertanggung kenikmatannya. Ketenangan hati ketenteraman jiwa kelapangan dada. Itu semua rahmat, nikmat dan pemberian Allah untuk hambanya. Tapi masih ada lagi yang tak sedar akan hadiah yang Allah beri pada kita.

Iya. Mungkin Allah tak bagi kita hadiah tak bagi kita rezeki tu depan mata. Nak hidup senang, okaay!! Allah bagi rumah sebiji RM2 juta depan mata. Dak! Allah ni guna cara halus. Nak bagi orang bahagia, Allah bagi ketenangan hati. Lepas ketenangan hati jiwa pun tenteram dada pun lapang semacam. Baru lah Allah gerakkan hati manusia ni untuk melakukan sesuatu pekerjaan dengan ikhlas dan mudah. Start dari situ lah, bila hati tu dah ikhlas tujuan dan niat dah betul kerana Allah.. Rezeki pun In Sya Allah akan diberi.

Kadang, mind setting kita ni membuatkan niat dan tujuan asal kita berubah. Daripada nak menuntut ilmu jadi riak dengan ilmu. Macam mana tu? Riak dengan ilmu ni sombong dengan ilmu yang ada. Mulalah bila orang minta tunjuk ajar kau kata. "Kau suruh lah orang lain ajar aku nak selesaikan soalan addmath ni kejap." Ha.. bahaya ni. Masalah hati ke? Masalah apa ni..

Space (ruang) amat diperlukan bagi seseorang untuk bermuhasabah, jauh dari benda-benda yang merungsingkan fikiran, cuba cari ketenangan dengan bersendiri. Sebab apa? dengan bersendiri ni sebenarnya dapat mendekatkan kita dengan Sang Pencipta. Nak nangeh satu baldi pun tak pa. Sila.. Asal ia dapat melepaskan segala keberatan yang kita hadapi dan kita bangkit semula menjadi insan yang gagah.

Lain orang ni lain cara. Lain fe'el nya. Ada orang dia suka diam bila ada masalah. Ada orang suka gelak-gelak bila ada masalah. Ada orang masam mencuka dan paling tak manis sekali muncung sedepa. Orang tanya pun. diaaaammm ja tak nak jawab. Kecik hati mak jemah. Tapi tak pelah, asal kita faham yang mungkin orang tu perlukan ruang untuk memberi ketenangan hati. Bila nampak dia dah okay sikit, cuba tanya apa masalah. Bila dia tak nak share, kau paksa lagi. Share juga (bad example). bila dia tak nak cakap juga, takpelah. Kita doakan saja. Mudah-mudahan doa yang kita tembakkan pada dia, akan berbalik pada kita juga.

Jadinya, sebagai manusia terutama diri yang menulis ni juga ada kelemahan. Kelemahan yang kadand kita sendiri tak dapat nak nilai dan tak sedar apa kelemahan kita sebenarnya. Jadi, orang sekeliling yang melihat lah yang berfungsi untuk menegur, Kalau rasa tak mampu ni nak tegur. Doakan kebaikan diri saya dunia dan di akhirat kelak. Moga segala amalan kita selama ni diterima Allah, dan moga ibadah kita semakin hari semakin bertambah begitu juga ilmu yang kita pelajari, moga kita amalkan.

(post ni aku dedikasikan pada diri sendiri yang perlukan spcace untuk test terdekat ni. This 4/1/2016 tolong doakan .. )

Thank you!