Nuffnang Ads

Tuesday, 17 March 2015

Shawl labuh

Sebenarnya bisnes ni satu daripada minat yang semua orang suka, (YES/NO) sila gariskan. haha.

Shawl labuh ? Memang saja buat bi mix malay biar kata kunci senang dicari. hihi

Kalau dulu dulu waktu sekolah menengah mahupun sekolah rendah, Cikgu baru yang masuk ke kelas akan mengadakan one informal session, we call it as sesi taaruf. Yes, sesi taaruf adalah sesi perkenalan yang mana akan tanya nama tinggal hobi dan cita-cita, Bab ni cita-cita paling aku tak suka di tanya sebab cita-cita aku tinggi menggunung,

Dulu aku nak jadi Angkawasawan macam Dr. Sheikh Muszaphar Shukor, Pastu aku nak jadi Chef macam chef wan. pastu aku nak jadi polis sebab terpengaruh dengan Gerak Khas punya pasal. Pasrtu aku nak jadi doktor sebab terpengaruh dengan kak patem a.k.a Dr. Fatin Liyana ! Waduhhh! rasa macam takde matlamat walaupun result SPM dah keluar . Alhamdulillah :)

So.. Bisnes aku rasa satu platfom yang bagus untuk aku dan 2 kakak aku yang lain get income. Yes!



Q'uzamah Contemporary 
- Mashari Shawl 2 meter 33 inc ( RM45)
- Shoru Shawl 2 meter 27 inc ( RM39 )   

Contact us: w/s - 0136376604
"Membeli dengan Senyuman" :)

Di bawah ini hanya contoh pemakaian. kami baru berjinak-jinak dalam bidang ini. So, Do support us.




- Mashari Shawl 2 meter 33 inc ( RM45)


- Shoru Shawl 2 meter 27 inc ( RM39 )  






Sunday, 1 March 2015

TASKI/SRI ABIM AL FIRDAUS

Pejam celik pejam terbeliak. Ghurepenye nak masuk 3 bulan aku bergelar guru. Subhanallah. How time flies ! Habis 3 bulan ini jugalah aku menjadi guru pelatih atau kita panggil sebagai practical. Ketua guru nak tengok setakat mana kemampuan kita. Contract pun dah nak habis, 5 bulan saja. But if I want to countinue in ABIM as a guru sampai tawaran sampai pun boleh, Tapi itu kena fikir banyak kali.

Baru lah aku tahu sebenarnya perasaan menjadi seorang guru, apatah lagi aku mengajar pelajar darjah 2 yang banyak mulutnya. Biasalah budak kan. Bila kita cakap sikit je nanti ada yang menyampuk "ustazah ustazah hari tu kan saya ..." Tanpa membuang masa aku pun terus menyampuk "Sabar.. ye ye ustazah tak habis cakap lagi". Nak marah tak boleh sebab bebudak kan. Dorang ni "BELAJAR MELALUI TELADAN ". Kalau dengan aku aku sekali tunjuk perangai tak elok, macam mana aku nak melahirkan ummah. tak gitu?

Bila aku masuk kelas darjah 3 lagi lah, Ya Allah. Lagi power. Aku masuk kelas je, beberapa pelajar yang agak hyper akan keluar ke belakang kelas dan memetik buah berry kesukaan mereka, Dan aku akan mula menaikkan suara sehingga beberapa darjah " ustazah kira sampai sepuluh, siapa tak masuk kelas ustazah denda 1 2 3 4 5 6 7 8 9 10 ". dengan kelam kabut nye mereka akan memetik buah berry banyak2 dan masuk ke kelas dengan kaki yang kotor. Dengan berkat kesabaran dan ketabahan aku akan tarik nafas dan hembus. Dan waktu itu lah waktu yang amat sesuai bagi aku untuk mentarbiah mereka, Nasib lah aku guru kelas darjah2 . Memang hari2 aku bagi tarbiah . Biar hati kasi cuci. Sebab dari kecil ni lah kita kena ajar, nanti besar dah terbiasa. Sebab dorang ni dosa masih sikit, hati masih suci. Dengan ilmu yang aku ada, berkat ilmu yang ustaz ustazah bagi masa kat SAMNI dulu aku cuba terapkan dalam diri mereka.








kadang aku memang tak faham sikit dengan perangai anak-anak murid aku. Bila diajak bergambar perangai mereka akan mula baik. Lepas je dari tu, bila aku nak mengajar, Mashaallah, Mengapakah anak2 ni? Dan ketika itu juga waktu sangat2 sesuainye untuk aku mentarbiah mereka .. 

"Awak nak tahu tak. Bila kita berada dalam majlis ilmu malaikat akan melebarkan sayapnya. Dan bila ustazah mengajar awak akan rasa bosan, dan ketika itu sebenarnya syaitan sedang membisikkan pada telinga awak .. (heii kau tak payah lah belajar, buang masa je. baik kau main, Lagi seronok) apabila syaitan sudah mula membisikkan begitu pada telinga kamu dan kamu mengikutinya, ketika itu syaitan meloncat kegembiraan keriangan kerana kamu sudah terpedaya. Kamu nak ke jadi anak murid yang kurang ajar? nak ke kamu gagal dalam kehidupan sebab tak dapat reda guru? nak ke? "

Dan mereka satu kelas akan menjawab "TAK NAAKK!! " ..  masa aku tarbiah dorang tak berani nak menyebok. Dorang akan diam, tangan akan diletakkan di peha,. Mata akan tertumpu pada aku, Dan aku akan pandang seorang demi seorang dengan mata yang tajam sehingga mereka tertunduk. Biar nampak garang padahal dalam hati gelak aku nak pecah. Tapi itulah, sebenarnya aku sayang sangat kat dorang ni sebab tu aku kena treat anak2 murid aku ni betul2 suapaya dah besar nanti dia faham apa itu kehidupan.


Time exam baru korang tahu langit tu tinggi ke rendah, ustazah suruh belajar betul2 mu taknak. Ha sekarang ni .... "ustazah memang doakan yang baik2 je untuk kamu . Kamu tu pun kenalah usaha". Itulah ayat aku selalu guna.


Oh, menyempat ye nak sesengih, Ustazah dah habis tanda kertas ujian, Lepasni rasa macam nak karate je biar korang tahu bagaimana rasanye menjadi seorang ibu. 

Apa pun, aku nak bagi satu tips mengajar 

1) niat bagi baik lah . Of course kerana Allah
2) masuk kelas baca selawat banyak2 biar anak2 senang nak dapat ilmu kita pun senang mengajar.
3) Bila anak2 main waktu belajar, kita datang kat dia, pegang tangan dia sekuat hati dan pandang mata dia dalam2 sampai dia tertunduk.
4) jangan lupa tarbiah mereka setiap hari

Gud luck! Result SPM keluar selasa . Doakan saya dan kawan kawan, salam rindu Pelajar SAMNI :)