Nuffnang Ads

Saturday, 30 December 2017

why do I jot down the past sem question instead of print it out?

hey guys! acahh sally sally sangat tajuk post malam ni. Sedar tak sedar it's been a year tak jejak blog I ni Ya Allah. A YEAR guys! setahun. Last update was December 2016. Ini pun dah 31 december 2017. Nak masuk new year 2018 dah. memang update blog annually ke macam mana?

hm.. To be honest, I am a busiest person in my faculty (Pentipu besar)
Biaselah kan bila dah jadi student, and lagi bila kita invlove in many program and also society we have to be commited in any activities yang kita join tu. In addition, if you hold any position in an organization.
All of that experiences were actually thought me how to be independent woman/student/daughter/(wife) (ummi to my kids) hahah gatal sangat kan.
Tapi jujur, sangat sangat membantu dalam hidup you lah once kita involve and join the society walaupun pada awalnya aku bukannya jenis rajin sangat nak join mana-mana club ke dan langsung tak terfikir pun. Sebab apa? Many reasons la jawab dia:

1) Bila kita tengok orang lain duduk kehulur kehilir berlari-lari siapkan proposal lah report lah. Nampak letih sangat kan. So, in may perspective and opinion, student tu duduk je la diam-diam dalam bilik buat assignment.

2) Aku jenis malu sikit nak bersembang dengan orang yang baru first time jumpa. But, in one organization you should have to have networking to others barulah diri kau menonjol.

3) I paling tak suka dengan benda serabut. So kalau boleh nak relax je- datang program, duduk diam-diam dan balik dapat makanan.

Itu semua apa yang I rasa lah masa mula-mula dulu masuk belajar. Biasa lah kan otak masih tak berkembang, feel sekolah menengah tu masih terbawa-bawa. Sekarang pun iye masih terbawa tapi tak lah seteruk zaman first sem dulu (kot).

So...
Back on track!

Disebabkan kita ni jenis pelupa makanya satu initiative that I should take and do is: Tulis balik. That is!
Biasanya orang pelupa macam aku ni dia memang susah nak ingat lah senang kata. Jadi, kalau macam soalan-soalan last semester ni memang I akan prefer to jot down instead of printing it out. Jimat pun iye dapat save duit. Cuma rajin tak rajin lah nak menulis.
Jadi, bila kita tulis semula soalan past sem ni, dia lagi mudah bagi kita untuk ingat semula soalan apa yang pernah masuk.
Lagi satu, kalau perasan soalan-soalan ada yang berulang kan? Dan boleh jadi jawapan dia lebih kurang dengan jawapan yang soalannya berbeza tapi jawapannya lebih kurang . Mana tahu diterima. Selalunya aku buat macam tu lah kalau tak ada idea sangat.
Nak goreng goreng pun tak tahu. Makanya kita buat je jawapan yang lebih kurang.
Tapi disebabkan - Macam I cakap tadi lah "pelupa". So nak tak nak you don't have any choice. Kena jadi rajin.
Tapi ikut manusia lah, ada setengah manusia ni dia baca sekilas ke boleh masuk otak.
Manusia berbeza kan Allah cipta. Ada kekurangan dan kelebihan masing-masing.
Apa pun kena bersyukur. Inshaallah Allah akan tambah.


4 subject for this semester: Shoot du'a for my easiness in answering all questions during my final examination. Hoping!


Start menulis dari pagi, tapi baru malam ni baru siap. Biasa lah tu kejap-kejap stop pergi kafe lah sekejap sekejap pergi buat itu ini lah.

Imagine, if you consistence 100% in front of this, memang 2 jam siap dah agaknya.

My hope! may this post can inspire everyone who read (or ter-read) this post to do same as I do.

Friday, 23 December 2016

Official Poster Persatuan -Persatuan Pelajar Diploma Muamalat UiTM Puncak Alam

Hai.

Nampak tak betapa lah panjang tajuk post aku kali ni. So, lately sangatlah busy. Bukan nak kata kebelakangan ni lah, tapi masuk sem ni memang dah start busy. Bukan diri aku je tapi mungkin juga orang orang yang kejap lagi aku akan tunjuk mereka yang berada dalam Persatuan Pelajar Diploma Muamalat -PPDM . Sebenarnya, this is one of challenge yang kitorang semua kena tempuh untuk 2 sem ni. So, insyaallah aku akan pegang jawatan as setiausaha dalam jangka masa 2 sem . kira sampai aku sem 5 nantilah kan. Last sem.

Jadi... it's actually satu cabaran yang besar juga lah sebab you nak handle dengan study, meeting yang tak kesudah, assignment. Kilat meeting. Tau apa tu kilat meeting ? Dia macam... eehh tetiba kau dimasukkan dalam satu group yang ganjil. kau tak tahu tu group apa sehingga someone akan explain tu sebenarnya group apa. Dan itu ialah Pengarah Program atau kita panggil PIC - person in charge yang akan pegang program tersebut, Then, baru kau tahu lah yang kau akan jadi biro untuk program tersebut.

Bila dah ada program, tak sah lah kalau takde meeting kan. Kira meeting ni macam syarat sah kau nak buat program. Dah tu, meeting pula kenalah buat banyak kali if program tu besar. (mata bawah kau pun makin membesar lah kan maknanya). Lagi, as mainboard atau majlis tertinggi ofcourse kita kena brainstorming, meeting tak kesudah before kita present pada exco dan penasihat. Ini kira persediaan biar nanti masa meeting dengan exco kau tak gagap gagap lah nak discuss apa masa meeting tu. This important ye sebab kita masa meeting kalau boleh tak nak amik masa lama, make it short and clear. INI YANG SELALU AKU NAK ARCHIEVE. Makanya, saya meminta jasa baik semua marilah kita bersama-sama semasa meeting off handphone masing masing and please focus. tapi kalau kau ka searach maklumat ke apa tak salah lahh can jee

Bukan nak kata poyo ke apalah. Tapi as one team cooperation tu sangat penting demi nak menaikkan satu organisasi.

So yeah! berbalik pada tadi. Memang susah sebenarnya kita nak manage masa kita antara akademik, persatuan, kawan, family. Susah .. aku jujur memang susah. Sometimes, when your dad ask you minggu ni balik tak. kakak adik mak tanya minggu ni balik tak. Nak jawab "tak" tu rasa serba salah nyah, Betul,, Disebabkan fikir ada kerja yang kena settle, sebab aku tahu dekat rumah aku akan melagha je banyak. So, i decided lebih baik duduk hostel siapkan kerja daripada aku balik duk melangok kerja berlambak.

but...

sometime aku fikir family juga. Dah lama tak balik, nak lah jenguk mak abah. So, aku akan balik but alhamdulillah kerja yang bertimbun kat hostel segala to-do-list yang tertangguh konon nak siapkan hari jumaat. Alhamdulillah aku boleh siapkan even tertangguh sikit lah kan. But Alhmdulillah, bersyukur pada Allah. Padanya kita kembali, apa pun lepas usaha kita serah padanya.



Alhamdulillah, poster ni aku buat. secara jujur dari sudut hati paling dalam aku tak puas hati sangat dengan poster ni. sebab buat last minute and ada sedikit masalah.. siap jugalah. Aku ni bukan jenis orang yang "janji ada dahla".. sebab tu kalau bab bab mcm ni aku benci betul buat last minute.

Macam assignment. Kalau korang buat last minute apa korang rasa? gelabah gajah kan? haa that's why la aku benci. nanti mula lah muka surat tak letak, tulisan tak justify ada besar kecil. rimas kan. serabut. Tapi.. walau serabut macam mana pun kita, jangan lupa semayang naa.. jangan lupa tadah tangan berdoa pada Allah mohon dipermudahkan urusan. Insyaallah Allah bantu. So.. Enjoy semua!

SALAM UITM SEMUA! SAYALAH MPP ANDA HAHA!